RSS

Google Ingin Memudahkan Pengguna Mengakses Internet Dengan Mudah Dan Pantas

05 Dec

Salah satu perkara yang menjadi halangan untuk pengguna di negara-negara membangun untuk menggunakan internet adalah disebabkan kos untuknya yang agak tinggi dan akses internet yang agak perlahan. Untuk mengatasi perkara ini, Google sendiri melaburkan duit mereka selain bekerjasama dengan kerajaan dan juga syarikat telekomunikasi dalam memudahkan akses internet dikalangan penduduk di negara-negara membangun. Pelayar web daripada Google ini, merupakan pelayar web yang paling popular dikalangan pengguna di negara-negara membangun dan salah satu sebab utama ramai menggunakannya adalah disebabkan kerana ia berfungsi pantas berbanding yang lain. Google FreeZone telah diperkenalkan di Filipina beberapa minggu yang lepas, membolehkan para pengguna mengakses GMail, membuat carian internet, selain mengakses ke Google+ secara percuma terus daripada peranti mudah-alih mereka, tanpa dikenakan sebarang caj padanya. Ia dijangka sokongan ini akan diperluaskan kepada lebih banyak negara tidak lama lagi, terutamanya kepada negara-negara yang sedang membangun. Salah satu fungsi yang telah diperkenalkan oleh Google jauh sebelum ini adalah sokongan GMail Inbox Preview, membolehkan pengguna melihat kandungan inbox terlebih dahulu, sebelum inbox dibuka sepenuhnya. Google turut sama bekerjasama dengan pelbagai syarikat telekomunikasi dalam menawarkan perkhidmatan internet melalui SMS. Salah satu perkhidmatan yang popular di kalangan pengguna tempatan adalah GMail SMS. Selain mengalakkan pengguna mengakses internet, Google turut sama mengalakkan perniagaan kecil dan sederhana untuk menawarkan perkhidmatan dan produk mereka menerusi internet. Untuknya, mereka menyediakan GMBO, dimana disediakan dengan kerjasama pihak Domain Registry .MY di Malaysia.

 
Leave a comment

Posted by on December 5, 2012 in Web Browser

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s