RSS

YouTube Membolehkan Pelbagai Perkara Disampaikan Dengan Mudah Kepada Pengguna

05 Dec

Sepertimana diketahui YouTube menawarkan kebolehan untuk pengguna memuat-naik video dan berkongsi bersama-sama yang lain, tanpa sebarang tapisan dan sebagainya. Di kebanyakkan negara-negara membangun, saluran televisyen utama dikawal dan kadang-kala memaparkan berita yang kurang tepat. Perkara ini telah berjaya diubah melalui penggunaan YouTube. Selain itu, YouTube juga membolehkan ramai pengguna mempelajari pelbagai perkara baru untuk pembelajaran. Bercakap mengenai pembelajaran melalui YouTube, salah satu saluran yang popular di seluruh dunia adalah Khan Academy. Khan Academy menawarkan video-video pembelajaran, daripada matematik, sains, sejarah dan pelbagai topik lain. Ini membolehkan penduduk di negara-negara membangun mendapatkan pengajian bagi mengikutinya dengan mudah. Layari YouTube EDU. Google sendiri telah membuka beberapa pusat data di negara-negara membangun dalam usaha untuk menjadikan akses yang lebih pantas, pada kos yang lebih rendah. Selain daripada pembelajaran, penyampaian berita dan sebagainya, YouTube juga menghasilkan ramai pengguna yang kreatif dengan pelbagai idea baru dalam menghasilkan kandungan mereka. Industri hiburan juga turut menerima kesan positif, dimana, di Malaysia sahaja beberapa artis tempatan baru yang hadir dengan memaparkan bakat mereka melalui saluran YouTube masing-masing, seperti contohnya, Zee Avi. Dalam tahun-tahun akan datang, lebih banyak kandungan berbentuk video dikatakan akan hadir daripada kawasan Asia Pasifik, termasuk daripada video berbentuk pembelajaran, mahupun hiburan dan komedi.

 
Leave a comment

Posted by on December 5, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s