RSS

Melihat Penggunaan Data Internet Pada Windows 8

07 Dec

Sebelum ini, pada Windows 7 dan sebelumnya, memerlukan pengguna memasang beberapa aplikasi tambahan untuk memantau had data yang digunakan pada komputer. Namun, pada Windows 8, ia bukanlah lagi suatu masalah, apabila beberapa fungsi asas diintegrasikan terus padanya. Bagi yang menggunakan Windows 8, boleh terus melihat rangkaian WiFi atau sambungan internet anda, dan seterusnya klik kanan, serta melihat penggunaan data. Bagi pengguna tablet pula, perlu menekannya untuk beberapa saat, sebelum melalui menu khas yang dipaparkan, anda boleh memilih untuk melihat penggunaan data. Pada masa yang sama, untuk melihat penggunaan data oleh sesuatu aplikasi Windows 8, pengguna boleh mengakses ke Task Manager dan seterusnya memilih tab App History. Daripadanya, hanya aplikasi berasaskan Metro sahaja dipantau, dimana penggunaan aplikasi yang tidak menyokongnya, seperti salah satunya, uTorrent tidak dipantau padanya. Untuk terus menjimatkan penggunaan data, pengguna turut boleh menetapkan internet mereka sebagai “Metered Connection”, dimana dengan mengaktifkannya, Windows Update hanya akan memuat-turun kemaskini yang penting sahaja, disamping Live Tiles yang menghentikan kemaskini, serta sokongan sync ke SkyDrive dan sebagainya dimatikan. Bagi mereka yang menggunakan talian dan sambungan internet dengan data yang terhad, boleh mengaktifkannya. Memandangkan ia boleh ditetapkan menggunakan talian WiFi yang dipilih, maka ia memudahkan anda membuat kemaskini aplikasi dan sync secara online apabila disambungkan kepada talian internet yang sebalik daripadanya.

 
Leave a comment

Posted by on December 7, 2012 in OS

 

Leave a comment