RSS

Bakat Dunia Kreatif Malaysia

07 Dec

Pada 20 November lepas telah berlangsung DNA-Team Disrupt edisi yang ketiga, yang membincangkan berkenaan dunia industri multimedia kreatif yang menyentuh mengenai kandungan animasi dan perfileman tempatan. Tiga panel telah dijemput iaitu Leon Tan – penerbit War Of The Worlds : Goliath; Hasnul Hadi dari Rhythm & Hues (Yang telah membuat beberapa kesan visual khas untuk filem-filem popular Hollywood seperti X-Men: First Class dan Life of Pi); dan juga Leon Chun Chong yang pernah bekerja di Electronic Arts & Disney Interactive. Perbincangan selama hampir dua jam ini dipenuhi pelbagai sudut pandang berbeza berkenaan dengan industri kreatif dan multimedia. Antara perkara yang dikongsikan adalah termasuk tenaga kerja yang berbakat dan berimiginasi. Industri pembangunan kandungan kreatif bukan industri teknikal semata-mata. Industri ini juga perlu diasimilasikan dengan nilai artistik untuk membuatkan karya yang dihasilkan cantik dan berguna, serta menyampaikan mesej yang sepatutnya. Melatih pekerja artistik untuk menjadi pekerja teknikal adalah jauh lebih mudah dari melatih pekerja teknikal untuk menjadi kreatif. Malaysia memerlukan lebih banyak pengedaran karya untuk menembusi pasaran luar. Kekurangan infrastruktur dan juga tenaga kerja dalam bidang pemasaran akan mengagalkan karya yang bagus untuk meraih keuntungan. Bagi mereka yang terlibat dalam industri ini, tidak perlu menunggu bantuan dari kerajaan tetapi kemajuan industri bergantung pada syarikat, dan juga tenaga pengajar di dalam industri itu sendiri.

 
Leave a comment

Posted by on December 7, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s