RSS

Lapan Syarikat Dibenarkan Mengakses Spektrum 2600MHz Untuk LTE Di Malaysia

07 Dec

Setelah melalui pelbagai fasa, akhirnya SKMM telah pun mengumumkan peruntukan gelombang spektrum 2600MHz untuk LTE dimana diberikan kepada lapan syarikat telekomunikasi tempatan. Lapan syarikat yang dibenarkan mengakses spektrum tersebut adalah Celcom, DiGi, Maxis, Packet One (P1), Puncak Semangat, REDtone, UMobile dan juga YTL Communications (Yes4G). Seperti yang pernah dikongsikan sebelum ini, LTE atau nama penuhnya Long Term Evolution merupakan generasi baru untuk jalur-lebar mudah-alih, dimana membolehkan pengguna menikmati kelajuan akses internet melangkaui 100 Mbps pada peranti mereka. Kebanyakkan peranti-peranti baru, terutamanya tablet dan juga telefon pintar didatangkan dengan sokongan rangkaian LTE, dan boleh dikatakan kebanyakkannya menyokong spektrum 2600MHz. Menurut SKMM, syarikat telekomunikasi dijangka akan bekerjasama antara satu sama lain, dalam membolehkan rangkaian mereka dikongsi, sekaligus membolehkan rangkaian LTE ini diperkenalkan dengan meluas dalam tempoh yang singkat. Pengenalan teknologi baru ini juga bakal membolehkan ekonomi digital lebih berkembang secara positif di Malaysia. Dengan pengumuman rasmi oleh SKMM ini, kita kini hanya perlu nantikan, siapakah yang akan menjadi terawal dalam memperkenalkan rangkaian LTE untuk pengguna mereka.

 
Leave a comment

Posted by on December 7, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s