RSS

Microsoft Surface RT

09 Dec

Dalam pelbagai jenis peranti hibrid yang ditawarkan untuk Windows 8 dan Windows RT, salah satu yang menjadi penantian ramai pengguna adalah Surface. Surface merupakan tablet pertama yang dikeluarkan oleh Microsoft. Sekiranya dipandang pada bahagian hadapan Surface, ia membawakan rekabentuk yang agak menyerupai kepada beberapa tablet yang lain. Namun, apa yang uniknya adalah sokongan membuka ruangan kickstand pada bahagian belakang tablet tersebut, dan mendirikannya. Perkara ini memberikan kelebihan bagi membolehkan pengguna menggunakan ia ketika bekerja, berinteraksi (membuat panggilan video), ataupun menonton video dan sebagainya. Di bahagian bawah kickstand, ia menyertakan ruangan khas untuk mikro-SD, membolehkan pengguna  menambah ruangan storan. Bercakap mengenai storan, tablet ini dilengkapi ruangan storan sebanyak 32GB dengan di intergrasi SkyDrive. Surface RT ini turut menyertakan ruangan port USB 2.0 dan juga mikro-HD untuk video. Tablet Surface RT ini juga agak ringan dan sedap dipegang. Untuk papan kekuncinya pula mudah dikendalikan. Kamera terbina padanya, dioptimasikan untuk digunakan ketika Surface didirikan dengan kickstand, selain menjadikan pengguna selesa membuat panggilan video mahupun merakamkan gambar kegemaran anda. Memandangkan tablet ini memfokuskan kepada pengguna perniagaan, untuk belajar dan juga secara kasual. Semestinya sekiranya ia membawa harga yang menarik, ramai akan membeli dan menggunakannya sebagai ganti kepada komputer riba mahupun netbook mereka.

 
Leave a comment

Posted by on December 9, 2012 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s