RSS

Ketahui Peranti Yang Menggunakan WiFi Anda

11 Dec

Biasanya, anda mungkin mengunci rangkaian WiFi anda dengan menyertakan kata laluan dan sebagainya, membolehkan anda mengawal siapakah yang menggunakannya dan sebagainya. Namun, kadangkala, mungkin anda ingin mengetahui berapa banyak peranti yang menggunakan rangkaian WiFi anda, dan mengetahui peranti yang mengaksesnya. Untuk memudahkan perkara ini, salah satu perisian ringkas yang agak berguna adalah Wireless Network Watcher. Perisian ini menawarkan kebolehan untuk mengimbas rangkaian WiFi anda, dan seterusnya memaparkan peranti yang mengaksesnya, termasuk daripada nama peranti, jenama, dan juga MAC Address untuknya. Pengguna juga boleh menyimpan senarai tersebut dalam bentuk XML, CSV dan beberapa pilihan lain dengan mudah. Perisian ini tidak perlu dipasang, dan boleh dijalankan serta-merta, serta sesuai untuk digunakan sebagai perisian portable anda. Failnya bersaiz hanya sekitar 700KB dan boleh digunakan pada pelbagai versi Windows, termasuk Windows 8. Bagi yang berminat, boleh memuat-turun dan cubanya sendiri hari ini. Muat-Turun Wireless Network Watcher Untuk Windows.

 
Leave a comment

Posted by on December 11, 2012 in Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s