RSS

Samsung Memperlihatkan Fungsi Baru Pada Kemaskini Premium Suite Untuk Galaxy S3

11 Dec

Selain daripada kemaskini Jelly Bean baru-baru ini untuk Samsung Galaxy S3, kini Samsung turut sama telah mula memperkenalkan kemaskini dengan nama Premium Suite, membawakan beberapa fungsi tambahan yang menarik untuk para pengguna Galaxy S3. Daripada kemaskini Premium Suite ini, ia membawakan beberapa fungsi baru, seperti; Page Buddy menjadikan peranti anda bertindak pintar bergantung kepada tindakan anda, seperti menghubungkan aksesori dan sebagainya. Contextual Menu Membolehkan anda melihat aplikasi yang paling kerap anda gunakan apabila melihat menu aplikasi, sekaligus memudahkan anda memilih apa yang sepatutnya. Multi Windows Salah satu fungsi yang popular pada Galaxy Note 2, membolehkan anda menggunakan dua aplikasi berbeza pada waktu yang sama. Facebook Lock Ticker Membolehkan pengguna melihat kemaskini semasa Facebook terus pada skrin kunci. Paper Artist Membolehkan anda mengubah gambar mengikut kegemaran anda. Low Light Shot Membolehkan gambar dirakamkan di tempat-tempat gelap dan beberapa yang lain seperti Sound Balance, Camera Easy Snap, Easy Mode, Reader Mode, Auto Share (NFC), dan lain-lain. Kemaskini Premium Suite ini bakal diperkenalkan secara berperingkat mengikut negara oleh Samsung tidak lama lagi.

 
Leave a comment

Posted by on December 11, 2012 in Mobile Phone, OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s