RSS

Bina Animasi Berasaskan Watak Dan Grafik

13 Dec

Ada diantara anda yang mempunyai idea tersendiri, dan ingin merealisasikannya. Tetapi kekangan masa dan kebolehan membuat watak animasi dan sebagainya mungkin menyukarkan anda. Untuk mengatasinya anda boleh menggunakan Source Filmmaker. Source Filmmaker merupakan salah satu aplikasi Machinima, iaitu membuat filem menggunakan permainan komputer. Bacaan lanjut mengenai Machinima. Berbalik kepada Source Filmmaker, ia dibangunkan dan ditawarkan secara percuma oleh Valve, pembangun disebalik beberapa permainan popular. Perisian ini ditawarkan melalui Steam, membolehkan sesiapa sahaja memuat-turun dan menggunakannya. Proses membuat animasi bermula dengan rakaman daripada permainan, kemudiannya membolehkan pengguna mengubah pergerakkan, kedudukan kamera dan sebagainya, menjadikan ia boleh disesuaikan untuk sesuatu kisah dan cereka yang ingin disampaikan. Source Filmmaker sendiri menyediakan pelbagai jenis aset dan grafik daripada permainan milik Valve, membolehkan pengguna menggunakannya, dan menambah suara dan efek bunyi daripada permainan. Pihak Valve sendiri menggunakan perisian ini dalam membangunkan video promosi untuk permainan mereka. Untuk memudahkan pengguna baru mempelajarinya, Valve menyediakan pelbagai tutorial daripada peringkat asas pada halaman YouTube rasmi mereka. Jadi, bagi yang berminat, boleh mencuba Source Filmmaker ini, dan jangan lupa berkongsi hasil anda bersama kami kelak. Muat-Turun Source Filmmaker atau Ikuti tutorial video menggunakan Source Filmmaker.

 
Leave a comment

Posted by on December 13, 2012 in App, Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s