RSS

Mozilla Melancarkan Firefox OS Simulator 1.0

13 Dec

Ingatkah lagi Firefox OS Simulator pada pelayar web yang ditawarkan dalam bentuk ado-on untuk Firefox beberapa minggu sebelum ini ? Setelah melalui pelbagai fasa pembangunan, hari ini, Mozilla secara rasminya memperkenalkan versi 1.0 untuknya. Firefox OS Simulator merupakan salah satu add-on untuk pelayar web Firefox, membolehkan sesiapa sahaja menggunakan Firefox OS terus pada komputer mereka. Firefox OS sendiri masih pada peringkat pembangunan. Namun, dengan pengenalan versi awalnya ini, ia membolehkan pembangun bersedia dengan apa yang akan ditawarkan oleh mereka untuk platform tersebut, disamping untuk pengguna pula boleh mengetahui apakah yang akan disertakan melalui sistem operasi mudah-alih daripada Mozilla itu kelak. Mozilla dijangka akan mengumumkan peranti pertama dengan Firefox OS pada suku tahun pertama tahun 2013 ini. Bagi yang menggunakan pelayar web Firefox, boleh memuat-turun add-on ini dan mencuba Firefox OS sendiri hari ini. Muat-Turun Firefox OS Simulator 1.0

 
Leave a comment

Posted by on December 13, 2012 in App, Web Browser

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s