RSS

Pandang Pertama – Asus PadFone 2

15 Dec

Kebanyakkan dikalangan kita gemarkan kejutan terutamanya kejutan ketika menyambut hari jadi. Kepada peminat rancangan realiti kejutan perlu bagi membuatkan rancangan yang ditonton lebih menarik dan tidak membosankan. Dikalangan penulis berita teknologi, kejutan adalah sesuatu yang jarang berlaku. Sejak dua menjak ini tidak banyak benda yang mengejutkan berlaku. Kali terakhir berlaku perkara yang mengejutkan ialah apabila Steve Job secara tiba-tiba meninggal dunia dan Nokia meninggalkan Symbian dan bekerjasama dengan Microsoft. Semalam berlaku sebuah kejutan lagi iaitu PadFone2. Padfone2 ialah peranti pintar hibrid 2 dalam 1. Ia terdiri daripada sebuah telefon pintar 4.7″ dan sebuah tablet 10.1″. Apabila PadFone2 berada di dalam mod tablet, antaramuka yang dipaparkan secara automatik menjadi versi tablet. Aplikasi yang dibina khas untuk tablet juga boleh dimuat turun dari PlayStore ketika di dalam mode tablet. Selain daripada itu ketika PadFone2 (telefon)  bergabung dengan PadFone Station (tablet), bateri telefon boleh dicas.  Ini boleh dilakukan dengan tiga cara. Cara pertama PadFone Station akan mengecas bateri PadFone2 apabila mengesan bateri telefon sudah pada tahap rendah. Cara kedua anda boleh mengarahkan PadFone Station untuk mengecas bateri telefon dan pada waktu yang sama masih berfungsi sebagai tablet. Cara ketiga dan terakhir pula ialah keseluruhan PadFone Station digunakan sebagai pengecas luaran. Dalam moda ini PadFone2 akan dicas oleh bateri 5000 mAh Padfone Station dan fungsi tablet dimatikan. Ini semestinya fungsi yang unik jika dibandingkan dengan peranti-peranti yang ada dipasaran sekarang. Ini sememangnya tidak mengejutkan kerana Asus jugalah yang mula memperkenalkan sistem pengecasan ini melalui peranti Asus Transformer mereka beberapa tahun yang lalu. Perubahan PadFone2 dari mode telefon ke mode tablet berlaku dengan pantas. Ianya hanya mengambil diantara 1-2 saat sahaja. Berat PadFone2 ketika digabungkan masih ringan dan menurut spesifikasi yangd diberikan ianya lebih ringan dari berat sebuah iPhone generasi ke-empat.

 
Leave a comment

Posted by on December 15, 2012 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s