RSS

Apakah Itu IMEI ?

17 Dec

Setiap peranti mudah-alih yang dikeluarkan, ia mempunyai nombor IMEI sendiri, dimana boleh digunakan untuk beberapa tujuan. Jadi, apakah itu IMEI ? IMEI merupakan singkatan kepada International Mobile Equipment Identity, dimana setiap peranti mudah-alih didatangkan dengan angka identiti yang unik, dimana berlainan dengan setiap yang lain. Sekiranya anda membeli peranti baru, anda akan dapat melihat angka IMEI ini di beberapa lokasi, seperti pada bahagian bateri, kotak peranti, mahupun pada resit yang dibeli oleh anda. Anda juga boleh menyemak nombor IMEI anda dengan mudah pada peranti anda. Bagaimana ?

1. Untuk iOS, anda perlu ke bahagian Settings > General > About
2. Untuk Android, anda perlu ke bahagian Settings > About Phone
3. Untuk BlackBerry anda perlu ke bahagian Options > Status
4. Untuk Windows Phone, anda perlu ke bahagian Settings > About > More Information

Cara mudah yang lain adalah dengan hanya mendail *#06# pada peranti anda, dan nombor IMEI akan diperlihatkan serta merta. Setiap IMEI hadir dengan 15 digit dimana masing-masing mempunyai kegunaannya dalam memberikan identiti untuk peranti anda. Mengikut format terkini, IMEI berbentuk AA-BBBBBB-CCCCCC-D dimana; A merupakan angka identiti untuk pengeluar. B adalah angka model telefon. C merupakan angka identiti dan D merupakan angka akhir yang digunakan untuk mengesahkan keseluruhan angka IMEI. Terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan mengenal-pasti identiti peranti antarannya IMEI.info.

Namun, terdapat beberapa peranti yang tidak termasuk dalam pangkalan data mereka, menjadikan bukan ke semua peranti boleh diketahui melaluinya. IMEI mempunyai pelbagai kegunaan, dan untuk pengguna biasa, ia amat berguna sekiranya anda ingin mematikan peranti anda sekiranya kehilangan ataupun dicuri. Sekiranya anda kehilangan peranti, anda boleh menghubungi syarikat telekomunikasi dan melaporkan mengenai kehilangannya, dan senarai hitam akan peranti tersebut, sekaligus menjadikan ia tidak berguna lagi. Namun, seperti biasa, terdapat beberapa kejadian, dilaporkan angka IMEI boleh diubah oleh pencuri dan menjadikan ia boleh digunakan semula. Jadi, untuk sebab ini, IMEI perlulah disimpan dengan baik dan tidak dikongsikan kepada umum. Bacaan tambahan : IMEI / Wikipedia

 
Leave a comment

Posted by on December 17, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s