RSS

Evernote Smart Notebook

17 Dec

Evernote Smart Notebook telah pun dilancarkan secara rasmi beberapa minggu yang lepas di Malaysia, membolehkan pengguna mengambil kelebihan buku tersebut dalam mengimbas catatan yang dilakukan menggunakan pen dan pensel, terus ke digital menggunakan aplikasi Evernote. Dengan setiap pembelian buku catatan tersebut, pengguna akan mendapat ‘Smart Stickers’, 32 keping pelekat untuk kategori ‘Travel, Action, Approved dan Rejected’, 48 keping pelekat untuk kategori ‘Home dan Work’ dan Langganan Evernote Premium selama 3 bulan. Pelekat-pelekat yang dinamakan sebagai Smart Stickers turut sama membolehkan anda mengkategorikan sesuatu nota tersebut dengan mudah, dengan hanya menyertakan pelekatnya pada nota tersebut sebelum mengimbasnya. Daripada ujian yang dilakukan, ia berfungsi dengan lancar, sekaligus memudahkan pengguna membuat salinan digital dan sebagainya. Namun, harga jualannya agak mahal. Aplikasi Evernote kelihatan dapat merakamkan dan menyimpannya dalam bentuk digital apabila menggunakan buku nota dengan garisan putus-putus, sebaliknya tidak berfungsi apabila menggunakan buku garisan biasa. Jadi, berbaloikah ia untuk dibeli ? Sekiranya anda merupakan pengguna tegar Evernote, boleh mendapatkannya, dan menerima Evernote Premium secara percuma selama 3 bulan. Pada masa yang sama, ia hanya disokong secara terbina pada aplikasi iOS sahaja buat masa ini, dan diperkatakan akan diperluaskan kepada aplikasi Android tidak lama lagi. Sebagai alternatif lain, salah satu aplikasi lain yang turut boleh digunakan dalam mengimbas dokumen ke dalam bentuk digital adalah CamScanner yang ditawarkan untuk Android dan juga iOS, dan menyimpan dokumen dalam bentuk PDF. Tetapi, kelebihan pada Evernote adalah dimana ia boleh mengindex teks tulisan tangan yang dirakamkan, sekaligus membolehkan anda membuat carian pada Evernote. Bagi yang berminat, boleh mendapatkannya daripada Moleskine Asia pada harga RM76.

 
Leave a comment

Posted by on December 17, 2012 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s