RSS

Malaysia Menandatangani Perjanjian ITR

17 Dec

Pada beberapa minggu yang lepas, Google telah mengumumkan mengenai internet yang bebas dan terbuka, sekaligus menyatakan bantahan untuk ITU. Kini, perbincangan tertutup ITU tersebut telah pun tamat, dan kelihatan 89 buah negara telah menyetujui ITR (International Telecommunication Regulations), termasuk Malaysia, berbanding 55 buah negara yang tidak menandatanganinya. Sebagai agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menumpukan kepada komunikasi dan teknologi maklumat, ITU menghimpunkan anggota sektor kerajaan dan swasta pada forum bagi mencapai permuafakatan mengenai hala tuju ICT. ITR merangkumi perjanjian global yang dirumuskan untuk mempermudah hubungan antarabangsa bagi telekomunikasi serta menyediakan prinsip garis panduan untuk memastikan aliran bebas maklumat di seluruh dunia. Muat-Turun Dokumen Akhir WCIT 2012. Jadi, apakah perkara ini ? Buat masa ini, ia masih tidak diketahui sepenuhnya, memandangkan ia adalah perbincangan tertutup dengan wakil-wakil negara. Malah dikatakan, pelbagai proses akan dilalui selepas ini, dimana masih tidak diketahui kesannya ke atas internet. Sebelum ini, ITU pernah mengatakan ia tidak akan menyentuh isu internet, tetapi hanya kepada piawaian telekomunikasi. Namun, beberapa pihak turut mengatakan “komunikasi antarabangsa” yang dibincangkan turut menyertakan internet padanya. Daripada apa yang pernah dikongsikan oleh Google, mereka mengatakan beberapa perubahan yang dicadangkan ITR ini adalah termasuk membolehkan kerajaan untuk mengawal akses internet, selain membolehkan beberapa perkhidmatan percuma seperti YouTube, Facebook dan Skype untuk membayar “tol” untuk mencapai pengguna seluruh dunia, dimana sekaligus menghalang akses informasi ke seluruh dunia. Namun, daripada apa yang kita lihat daripada hasilnya, kita dapat lihat wujudnya dua kumpulan negara, dimana salah satunya ingin mengawal komunikasi dan satu lagi yang inginkan kebebasan, sekaligus menjadikan visi dan masa depan dunia komunikasi termasuk internet berbeza daripada pelbagai pihak.

 
Leave a comment

Posted by on December 17, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s