RSS

Perubahan Polisi Penggunaan Instagram

19 Dec

Dengan pengambil-alihan oleh Facebook tempoh hari, perubahan polisi dan terma penggunaan perkhidmatan Instagram adalah salah satu perkara yang dijangka, dimana telah pun dilakukan oleh mereka semalam. Jadi apakah perkara baru yang ditambah dan diubah pada polisi mereka ? Mengikut terma baru mereka, Instagram boleh berkongsi informasi pengguna bersama-sama dengan Facebook, serta pengiklan dan sebagainya. Perkara ini merupakan salah satu perkara yang dijangkakan memandangkan Facebook sememangnya menggunakan data pengguna dalam pengiklanan, seperti tempat kegemaran, restoran kegemaran, data lokasi dan juga sebagainya. Mengikut perubahan polisi baru, Instagram mengatakan, “sesuatu entiti boleh membenarkan Instagram untuk memaparkan nama pengguna dan juga gambar daripada akaun anda untuk promosi dan sebagainya, tanpa membayar pengguna sebarang wang. Perkara ini sekaligus memberikan makna dimana gambar yang dimuat-naik ke Instagram boleh digunakan untuk sebarang tujuan promosi oleh pengiklan, tanpa sebarang imbuhan kepada pemilik gambar asal dan tidak pasti sama ada perubahan ini turut melibatkan pengguna dengan akaun yang dilabelkan peribadi, ataupun hanya melibatkan pengguna dengan akaun umum sahaja. Pada masa yang sama, Instagram juga turut mengatakan iklan yang dipaparkan padanya mungkin tidak dilabelkan, dan mungkin akan hadir seperti paparan gambar yang lain. Perubahan beberapa terma ini menjadikan ramai pengguna tidak mengemarinya. Untuk makluman, terdapat pelbagai aplikasi lain yang menawarkan sokongan yang lebih kurang sama, dan semestinya perubahan ini akan menguntungkan sesetengah pihak, terutamanya Flickr dan juga Twitter yang baru-baru ini memperkenalkan sokongan lebih kurang sama membolehkan pengguna menambah filter pada gambar.

 
Leave a comment

Posted by on December 19, 2012 in Info ICT, Web Social

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s