RSS

Mengenali Google Doodle

21 Dec

Pada enjin carian Google untuk setiap hari perayaan atau memperingati seseorang tokoh dan sebagainya, mereka akan hadir dengan logo yang rekabentuk khas, dinamakan sebagai Doodle. Doodle pertama dimulakan pada tahun 1998, dimana Sergey Brin telah rekanya sendiri bersempena dengan Burning Man Festival. Pada ketika itu, Sergey Brin sekadar menggunakan aplikasi GIMP dan hanya membawakan perubahan kecil sahaja pada logo tersebut. Sejak daripada itu, penggunaan Doodle telah menjadi salah satu perkara utama untuk pelbagai acara, dimana pada tahun lepas sahaja, Google telah hadir dengan lebih 300 doodle berbeza untuk pelbagai acara di seluruh dunia. Perekabentuk Google Doodle yang hanya seorang sebelum ini, kini telah berkembang menjadi sebuah kumpulan, dengan memfokuskan kepada merekabentuk logo Google yang menarik, bersesuaian dengan acara global, mahupun untuk sesebuah negara.

Di Malaysia sahaja, beberapa logo hari kebangsaan telah diperkenalkan oleh Google sebelum ini, dan mungkin dengan Google yang kini kelihatan lebih aktif di Malaysia dengan pengenalan YouTube Malaysia dan sebagainya, mungkin kelak kita akan melihat lebih banyak acara dan perayaan tempatan turut mendapat Doodle khas pada enjin carian terbesar dunia itu. Menurut pihak Google, untuk merekabentuk sesuatu logo Doodle itu, beberapa langkah akan dilalui sebelum ia akhirnya diterbitkan kepada pengguna. Mereka biasanya akan mendapat cadangan daripada wakil Google di sesebuah negara, mahupun daripada pengguna. Sebaik sahaja sesuatu cadangan tersebut diterima, mereka akan memulakan proses kajian untuk memahami sesuatu perayaan tersebut. Biasanya, wakil Google disesebuah negara itu akan membantu dalam memberikan pelbagai maklumat, agar doodle yang dihasilkan akhirnya bertepatan dengan sesuatu sambutan dan perayaan.

Pada tahun ini, 2012, Google hadir dengan pelbagai doodle berbentuk interaktif, membolehkan pengguna mendengar bunyi, melihat imej bergerak, menonton video mahupun bermain permainan ringkas melaluinya. Untuk Sukan Olimpik sahaja, Google telah hadir dengan doodle baru hampir setiap hari, membolehkan pengguna memainkan permainan ringkas, dan berkongsi dengan rakan-rakan melalui Google+. Sekiranya untuk tujuan doodle berbentuk interaktif, pasukan mereka turut dikatakan akan bekerjasama dengan bahagian kejuruteraan dalam menghasilkan sebuah doodle yang menarik. Seterusnya, ia akan diuji terlebih dahulu secara dalaman sebelum ia diperkenalkan kepada umum melalui halaman web yang paling dikunjungi ramai Google.com. Selain pada enjin carian mereka, Google turut sama telah mula menggunakan elemen sama pada laman video mereka – YouTube. Lihat Koleksi Logo Google Di Muzium Doodle.

 
Leave a comment

Posted by on December 21, 2012 in Web Browser

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s