RSS

Trend Pengguna Untuk Tahun 2013

21 Dec

Ericsson ConsumerLab sering hadir dengan pelbagai kajian dan analisa mereka, dan hari ini mereka telah pun menerbitkan laporan terbaru berkenaan dengan 10 trend hangat yang akan berlaku dikalangan pengguna sepanjang tahun 2013. Pada masa sekarang, terdapat pelbagai pengeluar yang menggunakan platform masing-masing pada peranti mereka, dan pada tahun hadapan, beberapa lagi sistem operasi mudah-alih turut akan hadir seperti FirefoxOS, Tizen, Jolla, BlackBerry 10 dan sebagainya. Mengikut Ericsson, pengguna kelak akan mendapatkan peranti seperti tablet dan juga telefon pintar bergantung kepada kebolehan untuk menggunakan aplikasi dan memindahkan data dengan mudah padanya. Beberapa perkhidmatan telah memudahkan penggunaan data diantara peranti, seperti Dropbox, Box, Google Drive dan sebagainya. Namun, untuk aplikasi, ia masih bergantung kepada pembangunnya sendiri.

Selain itu, boleh dikatakan desktop hanya digunakan untuk tujuan pekerjaan sahaja, dan sebaliknya, tablet dan telefon pintar digunakan untuk pelbagai perkara yang lain, termasuk membeli barangan, berkomunikasi, malah melakukan beberapa tugasan asas padanya. Trend ini dijangka akan berterusan pada tahun akan datang, sekaligus menjadikan jualan tablet dan juga telefon pintar lebih tinggi berbanding desktop dan juga komputer riba. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Ericsson, seramai 57% pengguna telefon pintar menggunakan jalur-lebar yang dilanggan secara peribadi untuk urusan kerja, dan perkara ini dijangka akan berterusan pada tahun hadapan. Rangkaian mudah-alih kini telah menjadi antara keperluan utama dalam urusan harian, daripada membuat tugasan kerja, sehingga untuk menguruskan kehidupan harian, bernavigasi dan sebagainya. Rangkaian mudah-alih seluruh dunia akan terus berkembang pada tahun hadapan, dengan beberapa syarikat tempatan sendiri telah mula bersedia untuk memperkenalkan perkhidmatan LTE mereka kepada umum.

Penggunaan rangkaian sosial mencapai tahap yang tinggi pada tahun ini, dan ia dijangka akan terus berkembang pada tahun hadapan, dengan beberapa portal seperti LinkedIN dijangka akan memainkan peranan penting, seperti dalam mengambil pekerja dan sebagainya. Mengikut kajian Ericsson, ia dikatakan pengguna wanita lebih aktif dalam menggunakan telefon pintar, dimana ia digunakan dalam menghantar dan menerima gambar, rangkaian sosial, mendaftar masuk lokasi, dan juga untuk menebus kupon dan sebagainya. Dalam arena ini, pengguna lelaki dikatakan masih kurang aktif. Laman sosial juga dikatakan akan menjadi salah satu sebab mengapa pelbagai idea kreatif hadir, dan dibincangkan oleh pengguna didalam sesuatu bandar. Seringkali kita lihat pelbagai permasalahan yang dibincangkan pada laman sosial, dan mungkin kelak pengguna sendiri akan cuba mengatasi satu demi satu masalah dengan berbincang melaluinya.

Pembelian melalui internet telah pun sedia popular dikalangan pengguna, dan pada tahun hadapan, ia dikatakan pelbagai kedai-kedai akan menawarkan pengguna untuk merasa barangan jualan dan melihatnya secara fizikal, sebelum membuat pembelian secara terus menggunakan telefon pintar mereka, tanpa perlu beratur untuk membayar dan sebagainya. Pada hari ini, kita boleh lihat ramai yang menonton televisyen sambil bersembang dengan rakan-rakan di laman sosial dan sebagainya. Trend ini dijangka akan berterusan, dan mungkin kita akan dapat melihat beberapa perkara interaktif diperkenalkan oleh syarikat penyiar dalam masa akan datang. Pengguna muda telah pun sedia celik teknologi pada hari ini, dan mereka dikatakan bakal dengan lebih aktif menggunakan teknologi untuk tujuan pembelajaran, sekaligus membawa perubahan kepada pelbagai landskap, daripada didalam sekolah sehingga ke kerajaan.

 
Leave a comment

Posted by on December 21, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s