RSS

Apakah Itu NFC ?

23 Dec

Sejarah NFC bermula pada tahun 1983, iaitu ketika diperkenalkan teknologi pengenalan dengan menggunakan Frekuensi Radio (Radio-Frequency Identification ataupun RFID). Namun, nama NFC mula muncul pada tahun 2004 setelah ditubuhkan Forum NFC oleh Nokia, Philips dan Sony. Tahun demi tahun berlalu, beberapa piawaian telah diperkenalkan sehinggalah telefon pintar yang menggunakan NFC pertama diperkenalkan iaitu Nokia 6131 pada tahun 2006 dan kemudian pada tahun 2010 diperkenalkan pula Samsung Nexus S iaitu telefon pintar Android pertama yang menggunakan NFC. Sehingga kini, peranti pintar yang menggunakan NFC semakin bertambah, antaranya ialah BlackBerry Curve, Galaxy Nexus, HTC One X, LG Optimus Vu, Nokia Lumia 920, Samsung Galaxy S3, Sony Xperia S dan banyak lagi. NFC merupakan protokol penghantaran dan penerimaan data pada jarak yang dekat sahaja, iaitu pada jarak yang kurang daripada 4 sentimeter (4 cm). Jarak penghantaran singkat mampu membendung masalah seperti data dicuri pihak ketiga dan mampu membendung masalah seperti yang berlaku di dalam rangkaian tanpa wayar (WiFi).

NFC membawakan 3 jenis penghantaran dan penerimaan data. Jenis yang pertama ialah perkongsian data antara medium aktif dan medium pasif. Melalui jenis ini, komunikasi yang berlaku ialah diantara peranti pintar seperti telefon pintar dan medium seperti kad ataupun tag. Melalui jenis ini, kitaran penghantaran data yang berlaku adalah seperti berikut : Kad yang mempunyai cip memori NFC (Dikenali NFC Tag ataupun NFC Smart Poster) merupakan kad yang dikuasakan oleh medan magnet. Ia tidak memerlukan sebagai bateri untuk menggerakkan operasinya. Peranti pintar yang merupakan medium aktif akan memancarkan gelombang radio untuk berkomunikasi dengan NFC Tag. NFC Tag yang menerima gelombang radio itu akan berinteraksi dengan peranti pintar dan seterusnya menghantar data yang diminta oleh peranti pintar. Manakala bagi jenis yang kedua pula ialah perkongsian antara dua peranti aktif iaitu interaksi antara dua peranti pintar yang masing-masingnya dilengkapi dengan teknologi NFC. Mekanismanya sama seperti penghantaran dan penerimaan data melalui Bluetooth tetapi perkongsian data lebih perlahan jika dibandingkan dengan Bluetooth.

Ia menggunakan tenaga yang kurang dan juga tidak memerlukan sebarang pengesahan kata-laluan ataupun pairing process. Hanya pastikan 2 peranti pintar berada pada satu jarak yang dekat, aktifkan NFC dan penghantaran data boleh dilakukan. Namun demikian, hanya data yang bersaiz kecil sahaja mampu dihantar dan diterima pada waktu ini. Adalah mustahil untuk melakukan penghantaran data seperti rakaman berdefinisi tinggi atau bersaiz besar. NFC jenis ketiga merupakan jenis yang paling dinantikan oleh pengguna, iaitu menggunakan NFC bagi melakukan transaksi tanpa sentuhan (Contactless Payment). Sebenarnya, teknologi transaksi tanpa wayar ini sudahpun diaplikasikan seperti kad Touch&Go, namun dengan menggunakan teknologi NFC pada peranti mudah-alih, beberapa masalah keselamatan dapat dielakkan. Pertamanya, jika kita kehilangan kad kredit tanpa sentuh, ia masih dapat digunakan lagi lebih-lebih lagi bagi individu yang berniat jahat. Kad yang dicuri berkenaan hanya dapat dinyahaktifkan selepas pihak bank dihubungi supaya ditamatkan perkhidmatan kad berkenaan. Situasi yang sama tidak akan berlaku dengan teknologi NFC.

Telefon anda sendiri sudah pun mempunyai pelbagai kunci digital, sebagai contoh kunci lockscreen, kata-kunci aplikasi transaksi dan lain-lain lagi. Jika anda menggunakan Google Wallet untuk pembayaran melalui NFC, anda boleh membatalkan sebarang kad kredit yang dipautkan dengan mudah melalui antaramuka web mereka. Selain daripada nilai keselamatan yang dipertingkatkan, implementasi NFC dan juga gabungan aplikasi tertentu akan membawakan lebih pengalaman ketika berjual beli di mana sebarang kupon atau resit pembelian dalam bentuk digital akan dimuat naik terus ke peranti pintar anda, serta dilengkapi dengan aplikasi penjejak perbelanjaan bulanan. Pada masa akan datang, semuanya akan diuruskan dengan cekap oleh peranti pintar yang dikuasakan oleh NFC ini. Pada ketika ini, teknologi NFC masih lagi baru. Ia mengambil masa untuk ‘matang’ serta digunakan secara meluas. Mungkin tidak lama lagi hampir semua urusan jual beli, perkongsian fail serta bidang-bidang berkaitan akan mengambil manfaat sepenuhnya daripada kehebatan teknologi NFC ini. Kita tunggu sahaja apa dijanjikan oleh teknologi NFC ini pada masa akan datang.

 
Leave a comment

Posted by on December 23, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s