RSS

Asus PadFone 2

25 Dec

Asus PadFone 2 ialah sebuah peranti hibrid yang menggabungkan sebuah telefon pintar dengan sebuah tablet bersaiz penuh. Keunikan PadFone2 ialah anda mampu memiliki sebuah telefon pintar dan tablet tanpa perlu berbelanja besar. Kedua-dua peranti berkongsi kad sim dan cip pemproses yang sama. Perubahan dari satu mod ke mod yang lain dilakukan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Persoalannya sekarang adakah peranti hibrid 2 dalam 1 ini akan menjadi trend di masa hadapan ? Asus Padfone 2 diperkasakan dengan pemproses 1.5 GHz empat teras Snapdragon S4 Krait, memori 2GB RAM, skrin 4.7″ inci LCD Super-IPS dan 3 pilihan saiz muatan storan dalaman (16/32/64 GB).  Resolusi skrin pula ialah 720×1280 dalam mod telefon dan 800×1280 dalam mod tablet. Kamera belakang ialah sebesar 13 Megapixel sementara kamera hadapan pula ialah 1.2 Megapixel. Terdapat juga sebuah kamera hadapan pada PadFone Station sebesar 1 Megapixel untuk menudahkan panggilan video dalam mod tablet. Asus Padfone 2 menggunakan sebuah kad-SIM Mikro dan tidak mempunyai sokongan muatan tambahan kad mikro-SD dan bateri sebesar 2140 mAh. Slot untuk memasukkan PadFone 2 terletak pada bahagian tengah PadFone Station dan slot ini terbuka sepanjang masa tidak seperti pada PadFone1.  Bahagian belakang PadFone Station dibina menggunakan bahan plastik dan agak mudah melentur. PadFone 2 menggunakan port pengecas rekaan khas Asus yang mempunyai tiga kepala. Walau bagaimanapun, anda masih boleh menggunakan pengecas standard Mikro-USB yang digunakan pada peranti mudah-alih biasa pada hari ini pada komputer. Apabila PadFone 2 dimasukkan kedalam PadFone Station, perubahan ke mod tablet hanya mengambil masa dua saat. Yang menarik ialah antaramuka pada PadFone Station secara automatik berubah ke mod tablet serta-merta. PadFone 2 dilenagkapi dengan kamera 13 Megapixel SONY. Bagi sebuah peranti dengan bateri sebesar 2140 mAh jangka hayat penggunaan PadFone2 adalah sehingga 8 jam dengan sekali caj pada penggunaan biasa. PadFone Station boleh diubah menjadi battery pack yang mengecas PadFone 2 apabila ia disambungkan. Dengan penggunaan sederhana pula mampu memanjangkan hayat penggunaan sehingga 17 jam. Jangka hayat terpanjang yang berjaya dilakukan ialah 23 jam. Pada harga RM2700 ianya sebuah peranti hibrid yang sesuai digunakan bagi mereka yang mahu memiliki tablet dan telefon pintar.

 
Leave a comment

Posted by on December 25, 2012 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s