RSS

Apple Sepanjang Tahun 2012

28 Dec

Apple pada tahun ini bergerak sepenuhnya dibawah pempinan baru Tim Cook, dimana pelbagai produk baru dan sedia ada dikemaskini oleh mereka. Apple memulakan awal tahun ini dengan acara yang memfokuskan kepada pendidikan, disamping memperkenalkan iBooks Author serta iBooks yang baru. Untuk memudahkan penghasilan pelbagai buku digital oleh sesiapa sahaja, Apple turut melancarkan perisian percuma yang dinamakan sebagai iBooks Author kepada para pengguna Mac OS X. Pada suku tahun pertama 2012 ini juga, Apple turut memperkenalkan tablet generasi ketiga mereka, yang dikenali sebagai iPad Baru, yang menyertakan pelbagai kemaskini spesifikasi, serta skrin dengan paparan resolusi tinggi, ataupun yang dikenali sebagai Retina dikalangan pengguna produk Apple. Apple turut sama memperkenalkan tablet bersaiz 7-inci, dikenali sebagai iPad Mini. Kedua-dua sistem operasi daripada Apple menerima kemaskini pada tahun ini, iaitu OS X dikemaskini kepada OS X 10.8 Mountain Lion, dan juga iOS dikemaskini kepada iOS 6. Kedua-dua sistem operasi ini mengintegrasikan iCloud secara menyeluruh, membolehkan fail dikongsikan dan di sync antara peranti dengan mudah dan pantas.

Mountain Lion turut sama mengintegrasikan pelbagai elemen daripada sistem operasi mudah-alih mereka seperti sokongan Notification Center, integrasi perkongsian sosial pada pelayar web, integrasi fungsi iMessage, aplikasi Reminder, Notes, QuickTime X dan pelbagai perkara yang lain. iOS 6 juga turut diperkenalkan kepada  peranti mudah-alih dimana menyertakan beberapa perkara baru, termasuk integrasi Facebook dan Passbook. Namun, semestinya perkara yang diperkatakan ramai adalah berkenaan dengan Apple yang membuang aplikasi YouTube dan juga Google Maps dengan menggantikannya dengan Apple Maps. Pada setiap tahun, salah satu perkara yang dinantikan ramai daripada Apple adalah telefon pintar mereka dan pada tahun ini, Apple memperkenalkan iPhone 5. Tiada banyak perkara baru yang dibawakan padanya, selain daripada hanya skrin yang bersaiz lebih besar 4-inci, dan juga pengenalan kabel pengecasan yang dinamakan Lightning, mengantikan kabel pengecasan lama yang bersaiz besar. Apple turut sama melancarkan sokongan iTunes Store untuk pengguna di Malaysia. Ia sekaligus membolehkan pengguna tempatan mendapatkan pelbagai media daripada penerbit tempatan dengan mudah melalui iTunes.

Sokongan iTunes Match turut sama diumumkan oleh Apple pada bulan Jun yang lepas serta mula menjual peranti AppleTV untuk pengguna tempatan, membolehkan mereka menikmati pelbagai kandungan daripada iTunes dengan mudah. Apple juga membuat kejutan apabila buat pertama kalinya menyiarkan acara pengumuman rasmi produk mereka melalui AppleTV dan juga web, dimana dikhaskan untuk pengguna yang menggunakan QuickTime dan Safari. Bercakap mengenai Apple, salah satu perkara yang tidak boleh ditinggalkan adalah mengenai kes saman mereka dengan beberapa pengeluar, terutamanya dengan pesaing terdekat mereka Samsung. Kes saman antara kedua-dua gergasi ini dijangka berlanjutan sehingga tahun hadapan, dengan beberapa kes baru yang didaftarkan ke mahkamah baru-baru ini. Pada masa yang sama, tahun ini juga kelihatan Apple menghadapi beberapa masalah untuk menangani sekuriti, daripada OS X yang diserang malware beberapa kali pada tahun ini, selain masalah pengodaman UDID. Dengan arena mudah-alih dan perkomputeran yang semakin berkembang pesat, semestinya Apple mempunyai beberapa strategi pada tahun hadapan, dimana bakal menentukan hala tuju sebenar mereka.

 
Leave a comment

Posted by on December 28, 2012 in Gadjet, Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s