RSS

Ketahui Istilah Umum Internet & Bagaimanakah Internet Berfungsi ?

28 Dec

Kini internet di guna pakai oleh semua golongan, sama ada tua mahupun yang muda. Tapi adakah anda kenal dan mengetahui bagaimana beberapa perkara berfungsi, seperti contohnya IP/TCP, DNS. Artikel ini ditujukan khas kepada mereka yang minat IT tapi tidak begitu memahami makna tersebut dan juga secara bagaimana ia secara teknikal. IP ini boleh dikatakan seperti alamat rumah kita. IP ini mengumumkan kat dunia Internet dengan memberitahu siapakah kita, lokasi negara, serta apakah talian internet yang digunakan oleh kita. IP juga membolehkan beberapa penyedia kandungan seperti Tonton, Hulu, dan BBC untuk menawarkan kandungan yang ditujukan khas kepada mereka yang berada di sesebuah negara tertentu sahaja, dan tidak boleh dilihat oleh yang lain (IP Geo Restriction). Selain itu, IP yang dibekalkan oleh pembekal Internet kita ini mempunyai dua jenis iaitu jenis statik dan juga dinamik. Bezanya antara kedua-duanya mudah sahaja, dimana statik itu IP kita yang kekal dan tidak berubah. Walaupun kita connect/disconnect seribu kali jua, IP yang digunakan oleh kita akan kekal tetap sama tanpa berubah.

Alamat IP kekal ini biasanya diguna-pakai oleh perniagaan untuk tujuan pengehosan laman web pada pelayan mereka. Untuk pengguna biasa seperti kita yang lebih mengakses internet dan melanggan menggunakan akaun rumah, pembekal Internet akan menawarkan Dynamic IP, iaitu alamat IP kita yang sentiasa berubah-ubah apabila kita connect/disconnect ke Internet. Setiap kali kita berhubung ke internet, modem yang digunakan kita akan meminta alamat IP yang dinamik daripada penyedia internet. Setiap rekod akan di log oleh pihak penyedia internet seperti Telekom Malaysia, Maxis, P1 dan sebagainya, dimana sekiranya pihak bertanggungjawab ingin mengesan seseorang ianya mudah. Alamat IP juga merupakan medium utama yang digunakan pihak berkuasa dalam mengesan individu-individu yang melanggar undang-undang atau etika di alam maya ini. Terdapat beberapa “mitos” yang mengatakan bahawa alamat IP dinamik ini jauh lebih selamat daripada alamat IP yang statik. Namun, sebenarnya, perkara ini tidak benar. Untuk DNS ia boleh diibaratkan sebagai “Yellow Pages” yang digunakan kita.

Contohnya jikalau saya ingin menghubungi pihak Telekom, maka saya akan mencari Telekom di Yellow Pages untuk mendapatkan beberapa maklumat, terutamanya nombor telefon. Sebagai contoh, sekiranya anda menaip alamat google.com ke bar alamat di pelayar web anda, ia akan “resolve” secara automatik kepada IP. Perkara ini adalah kerana komputer hanya memahami penggunaan alamat IP sahaja (Sama seperti nombor telefon kita, dimana melalui buku alamat, kita mendail menggunakan nombor telefon bukan nama atau alamat rumah). DNS juga mempunyai fungsi yang lain. Contohnya, laman gergasi seperti Google, mempunyai ratusan alamat IP yang menghubungkan ia kepada pelbagai pelayan yang terdapat di merata dunia. DNS akan terlebih dahulu mengambil alamat IP yang paling dekat dengan alamat IP pengguna dan menghubungkan ia, sekaligus menjadikan sambungan lebih pantas daripada biasa. Konsep ini digunakan pada penggunaan DNS, dimana sekiranya alamat IP pelayan berhampiran tidak dapat dihubungi, maka ia akan mencari alamat IP pelayan yang lain secara automatik.

Untuk Packet pula, tujuan utama Packet ini adalah supaya dua pihak dapat berkomunikasi tanpa sebarang masalah, dimana penghantaran dan penerimaan data dilakukan dengan mudah dan pantas dalam keadaan yang selamat. Perkara ini boleh diibaratkan sebagai penggunaan sampul surat, dimana melindungi surat dan membawa ia kepada penerima dengan mudah. Bagi Ping Time ia lebih merujuk kepada berapakah lama masa yang diambil untuk menghantar dan menerima mesej. Dalam erti kata lain, ia seperti merujuk kepada berapa lamakah masa yang diambil untuk respons. Ping Time ini penting kerana sekiranya masa Ping melebihi 300 ms (1 saat = 1000 ms) maka sukarlah mereka untuk mengakses sesuatu web di atas-talian dan fenomena ini dikenali sebagai “Lag” (lengah masa). 300 ms bermaskud ia memakan masa sehingga 0.3 saat untuk menghantar/menerima mesej. Ping time ini tidak begitu penting apabila kita melayari laman web ataupun muat turun aplikasi daripada internet, tetapi berbeza dengan penggunaan beberapa aplikasi, terutamanya sekiranya membuat panggilan VOIP melalui Skype ataupun sekiranya gemar memainkan permainan atas-talian.

 
Leave a comment

Posted by on December 28, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s