RSS

Pakej Komunikasi Belia Bermula 1 Januari 2013

28 Dec

Sejak pengumuman Belanjawan 2013 tempoh hari, salah satu perkara yang ditanya ramai adalah berkaitan dengan Pakej Komunikasi Belia. Untuk makluman semua, Pakej Komunikasi Belia ini boleh dibuat pendaftaran dan permohonan melalui laman SKMM bermula 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2013. Bagi yang tidak mengetahui akan Pakej Komunikasi Belia ini, ia adalah rebat sebanyak RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G, dimana merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mempromosi gaya hidup digital kepada belia. Daripada apa yang diketahui buat masa ini, ia akan diuruskan oleh syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi, UMobile, Yes YTL, dan juga TuneTalk. Seterusnya, syarikat telekomunikasi akan memilih beberapa pengedar dan penjual untuk dijual kepada belia. Antara pengedar dan penjual yang akan menawarkan telefon pintar dengan rebat Pakej Komunikasi Belia ini adalah Senheng dan juga SenQ. Seperti biasa, beberapa syarat perlu dipatuhi oleh pengguna dalam mendapatkan rebat sebanyak RM200 ini, dimana antaranya adalah Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun, Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah, Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500, Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu dan hanya satu telefon pintar untuk satu belia. Maklumat lanjut, dengan senarai telefon yang akan ditawarkan dijangka akan diketahui dalam masa terdekat ini.

 
Leave a comment

Posted by on December 28, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s