RSS

Hantar Emel Cara Pukal & Ketahui Etikanya

28 Dec

Sejak akhir-akhir ini, isu penerimaan emel SPAM telah menjadi satu isu yang sensitif dalam kalangan pengguna. Saban waktu, pasti ada emel-emel yang tidak pernah kita ketahui daripada mana datangnya, masuk ke emel kita. Kebanyakkan daripada emel-emel ini adalah emel berbentuk promosi produk daripada pemilik-pemilik bisnes yang hanya mahu iklan mereka sampai kepada lebih ramai prospek sahaja tanpa memikirkan akibat disebalik perbuatan mereka itu. Dengan kewujudan pelbagai servis pihak ketiga dimana melaluinya, seseorang boleh mendaftar dengan mudah dan memuatnaik fail yang mengandungi ratusan maklumat peribadi seperti nama dan emel (kebiasaanya di dalam format Excel .XLS & .CSV), dapat digunakan untuk menghantar emel secara pukal. Lebih memburukkan lagi keadaan, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah menjual senarai maklumat sulit orang awam seperti nama dan alamat emel dalam bentuk pukal pada harga-harga yang tertentu sekaligus memudahkan fail ini dijadikan ‘modal’ promosi atas-talian mereka.

Sebagai seorang pemilik bisnes yang mahu menjaga kelangsungan bisnes, aktiviti ini bukan sahaja menjejaskan nama baik anda, malah ianya juga boleh menyebabkan prospek anda hilang kepercayaan kepada usaha niaga yang sedang anda usahakan. Terdapat beberapa garis panduan di sini untuk anda titik beratkan sebelum membuat keputusan untuk menggunakan medium emel sebagai salah satu medium promosi atas talian dan kempen pemasaran anda. Pastikan anda memperkenalkan diri dan memaklumkan kepada prospek anda bahawa dengan memberikan nama dan emel anda. Maklumkan dengan jelas kepada mereka bahawa mereka boleh memilih untuk berhenti menerima emel daripada anda dengan nyah-langgan (opt-out) pada bila-bila masa mereka mahu. Pastikan juga sistem pengurusan emel yang anda gunakan dalam keadaan yang baik di mana mampu memproses setiap permintaan daripada prospek dengan cepat dan mudah. Jika tidak, anda berdepan dengan risiko undang-undang siber.

Menghantar emel tanpa maklumat hubungi umpama menerima surat layang. Oleh yang demikian, buktikan kredibiliti anda sebagai seorang pemilik bisnes dengan meletakkan maklumat berikut di dalam setiap emel yang anda hantarkan : Nama anda / bisnes, Nombor telefon, Alamat emel yang aktif dan Alamat pejabat Beritahu prospek daripada mana anda mendapat maklumat mereka. Jika anda jarang menghantar emel atau hanya menghantar emel dalam satu jarak yang lama, pastikan anda memaklumkan semula kepada prospek anda daripada mana anda mendapat maklumat mereka. Gunakan ruangan BCC sekiranya diperlukan. Kadang-kala, anda mungkin ingin menghantar emel secara manual kepada lebih daripada satu penerima tanpa menggunakan aplikasi atau perkhidmatan khas. Kebanyakkan pengguna tidak sedia maklum akan penggunaan BCC (Blind-Carbon-Copy) pada aplikasi emel mereka yang digunakan untuk menyembunyikan alamat emel penerima daripada penerima-penerima sama yang lain.

Kebiasaannya, penghantar akan menggunakan ruangan CC sahaja, sekaligus menjadikan alamat emel penerima yang lain terdedah kepada umum, dan mempunyai risiko untuk disalah-guna untuk SPAM dan sebagainya. Tetapi, dengan menyertakan alamat emel pada ruangan BCC, ia menyembunyikan alamat emel daripada para penerima lain. Pada masa yang sama, ia juga boleh mengelakkan penerima daripada memilih fungsi Reply All dan membuatkan semua penerima lain menerimanya. Kesimpulannya, menghantar emel secara pukal tidak salah jika anda mengamalkan cara-cara yang sah dan disenangi penerima emel. Ini kerana, dengan cara-cara di atas, penerima emel akan lebih mudah mengingati siapa anda dan tidak lagi tertanya-tanya siapakah anda. Hubungan yang baik dan disokong oleh cara yang berhemah mampu membina kepercayaan prospek terhadap usaha niaga yang anda sedang jalankan. Prospek senang hati, tak jadi tekan butang ‘Report As Spam’ lagi. Anda promosi, mereka beli.

 
Leave a comment

Posted by on December 28, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s