RSS

Ubuntu Sepanjang Tahun 2012

31 Dec

Seperti setiap tahun, Canonical meneruskan tradisi mengeluarkan dua versi sistem operasi pada tahun ini, dimana mereka mengeluarkan Ubuntu 12.04 dan juga Ubuntu 12.10. Dengan pelancaran Ubuntu 12.10 pada bulan Oktober yang lepas, pembangun Ubuntu juga telah memulakan pembangunan sistem operasi generasi baru mereka Ubuntu 13.04 yang akan dilancarkan pada bulan April 2013. Salah satu konsep penggunaan Ubuntu yang diperlihatkan oleh Canonical pada tahun ini adalah Ubuntu untuk Android. Melaluinya, ia membolehkan sistem operasi Ubuntu disertakan bersama-sama telefon Android, dimana apabila pengguna dock telefon pintar Android pada monitor, maka sistem operasi Ubuntu akan dijalankan secara automatik dan dipaparkan pada monitor komputer. Selain daripada Ubuntu untuk Android, Canonical juga memperlihatkan Ubuntu TV, membawakan paparan Unity pada televisyen, sekaligus memudahkan pengguna melihat dan mengakses pelbagai kandugan video pada televisyen dengan mudah. Pada tahun ini, pelbagai perubahan berlaku, daripada pelbagai permainan melalui Humble Bundle untuk Linux, dan juga sokongan Valve melalui Steam untuk Linux. Steam untuk Linux masih diperingkat beta buat masa ini, dan pihak Valve akan menyokong platform Ubuntu terlebih dahulu ketika pelancarannya kelak. Pihak Ubuntu juga berkongsi beberapa perancangan masa depan mereka, dengan memfokuskan kepada menjadikan satu sistem operasi untuk pelbagai platform. Sebagai permulaan, Canonical juga telah menyediakan sebuah fail khas untuk membolehkan pengguna menjalankan sistem operasi Ubuntu pada tablet Nexus 7. Pihak Canonical juga dilihat memfokuskan kepada Ubuntu One perkhidmatan storan awan, disamping memperkenalkan Ubuntu One Music kepada umum. Pada tahun hadapan, mungkin kita akan dapat melihat telefon pintar yang menjalankan Ubuntu mahupun pelbagai peranti lain yang akan menjalankan sistem operasi Ubuntu.

 
Leave a comment

Posted by on December 31, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s