RSS

iPhone Dengan Pelbagai Warna Dan Dua Saiz Berbeza

04 Jan

Bagi yang mengikuti perkembangan Apple akhir-akhir ini, semestinya mengetahui akan mengenai desas-desus mengenai jam tangan pintar dan juga iTV yang dikatakan akan dilancarkan oleh Apple tahun ini. Namun, seperti biasa, salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah iPhone baru daripada Apple. Beberapa laporan daripada pembangun mengatakan mereka telah mula melihat ujian peranti iPhone generasi baru dengan iOS 7, sekaligus menandakan ia akan hadir tidak lama lagi. Mengikut salah seorang penganalisa – Brian White, iPhone generasi akan datang (iPhone 5S?) akan memberikan lebih pilihan kepada pengguna, dan akan dilancarkan pada bulan Mei atau Jun 2013. Daripada apa yang dikongsikan, iPhone dikatakan mungkin akan ditawarkan dalam pilihan lebih lima warna, serta mungkin ditawarkan dalam pilihan dua saiz berbeza. Berkaitan dengan pilihan warna yang pelbagai bukanlah sesuatu yang baru, tetapi berkenaan dengan pilihan saiz berbeza adalah sesuatu yang sukar dipercayai. Sehingga kini, pihak Apple hanya menawarkan iPhone dalam pilihan satu saiz sahaja, dimana iPhone 4S dan sebelumnya ditawarkan pada saiz skrin 3.5-inci, manakala iPhone 5 di tawarkan dalam skrin bersaiz 4-inci. Menurut penganalisa tersebut, dengan tawaran pelbagai saiz skrin, ia akan membolehkan Apple turut menawarkan peranti pada harga yang lebih murah untuk negara-negara membangun, salah satu perkara yang telah diperkatakan untuk sekian lama. Walaubagaimanapun, memandangkan ia hanya sekadar laporan penganalisa, maka mungkin ia kurang tepat. Apa pun, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi Apple untuk iPhone generasi baru ini.

 
Leave a comment

Posted by on January 4, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s