RSS

Membuang Malware Dengan Windows Medkit

04 Jan

Komputer Windows pada masa kini boleh dikatakan dilindungi dengan sekuriti yang lebih baik berbanding beberapa tahun lepas. Namun, jikalau sesuatu komputer diakses ramai, terutamanya di universiti atau tempat bekerja, peratusan dijangkiti virus atau malware adalah lebih tinggi berbanding biasa. Walaupun antivirus seperti MSE dan sebagainya membantu, untuk membuang dan mengatasi beberapa masalah asas, salah satu perisian ringkas yang berguna adalah Windows Medkit. Windows Medkit menawarkan beberapa fungsi untuk membolehkan anda membaiki pemasangan Windows kepada sedia kala. Ia menyertakan beberapa fungsi, seperti kebolehan untuk menguruskan program ketika memulakan komputer, kebolehan untuk mematikan sesuatu program (Sekiranya Task Manager dihalang malware), mengatasi masalah biasa pada Registry, dan pelbagai perkara yang lain. Pada masa yang sama, beberapa fungsi yang disertakan Windows Medkit juga agak tidak jelas bagaimana dan apakah kesannya pada komputer. Namun, daripada apa yang dilihat, ia adalah salah satu aplikasi yang amat berguna sekiranya menghadapi masalah ketika menggunakan Windows dan sebagainya. Bagi yang berminat, boleh mendapatkan fail Windows Medkit ini secara percuma, dan menyimpannya untuk mengatasi sebarang masalah malware dan sebagainya. Muat-Turun Windows Medkit.

 
Leave a comment

Posted by on January 4, 2013 in Security, Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s