RSS

Samsung Melancarkan ChatON 2.0

04 Jan

Hari ini, gergasi elektronik daripada Korea Selatan iaitu Samsung memperkenalkan secara rasminya ChatON 2.0. ChatON 2.0 membolehkan pengguna untuk mengakses perkhidmatan tersebut pada pelbagai peranti dengan mudah, sekaligus memudahkan pengguna berhubung dengan rakan-rakan lain. Selain daripada aplikasi pada telefon pintar dan komputer, kini Samsung turut sama membolehkan pengguna mengakses ChatON terus menggunakan pelayar web. Pada masa yang sama, ChatON 2.0 juga memperlihatkan Samsung cuba memasuki arena sosial, dimana melaluinya ia turut membolehkan pengguna menambah status dengan mudah, selain membolehkan pengguna meninggalkan komen padanya. Sokongan permesejan juga ditambah baik, membolehkan pengguna membuat mesej beranimasi ataupun menambah audio pada mesej mereka. Bagi yang berminat, boleh memuat-turunnya daripada Samsung Apps hari ini, ataupun mengakses versi web di ChatON.com. Bagi pengguna peranti Android, iOS dan BlackBerry, boleh mendapatkannya daripada kedai aplikasi masing-masing, dan mula menghantar dan menerima mesej antara satu sama lain secara percuma.

 
Leave a comment

Posted by on January 4, 2013 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s