RSS

Asus Dan Leap Motion Mengumumkan Kerjasama

07 Jan

Salah satu perkara yang patut dipuji pada Asus adalah dimana mereka berani hadir dengan pelbagai inovasi baru, selangkah lebih awal daripada pesaing yang lain. Terkini, mereka mengumumkan kerjasama dengan Leap Motion, sekaligus menandakan mereka akan hadir dengan peranti baru yang dikawal dengan gerakan tidak lama lagi. Leap Motion membangunkan teknologi untuk mengawal komputer menggunakan gerakan tangan, menggantikan input berdasarkan tetikus atau papan kekunci. Bagi mereka yang pernah menonton filem seperti Iron Man mahupun Minority Report, mungkin pernah melihat bagaimana ia berfungsi. Melalui kerjasama kedua-dua pihak ini, Asus akan menyertakan teknologi kawalan Leap Motion pada komputer AIO dan juga komputer riba berspesifikasi tinggi mereka, yang akan dilancarkan pada tahun ini. Selain daripada kerjasama dengan pihak Asus, Leap Motion sendiri ada menjual peranti mereka secara berasingan yang boleh membaca gerakan tangan anda, dan mengintegrasikannya pada komputer. Peranti berasingan ini boleh di pra-tempah pada harga $70 (RM210) dan akan mula dihantar kepada pengguna tidak lama lagi.

 
Leave a comment

Posted by on January 7, 2013 in Gadjet, Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s