RSS

Samsung Dilaporkan Memfokuskan Kepada Kandungan dan Perusahaan Bagi Tahun 2013

11 Jan

Dengan Samsung yang kini mendahului pelbagai jenama lain dalam industri telefon pintar, semestinya ramai yang menantikan apakah yang bakal dibawakan oleh mereka sepanjang tahun 2013 ini. Menurut Reuters, selain daripada pelbagai peranti keluaran mereka, Samsung turut memfokuskan kepada kandungan dan pengguna perusahaan pada tahun 2013. Reuters mengatakan Samsung kini melabur dan memfokuskan kepada peranti yang disukai oleh pengguna perusahaan, terutamanya dari segi sekuriti dan juga fungsi yang didatangkan bersama-sama dengannya. Seperti semua sedia maklum, BlackBerry adalah salah satu jenama yang sering diperkatakan apabila disebut mengenai perusahaan. RIM bakal memperkenalkan BlackBerry 10 pada hujung Januari ini, dan sementara mereka masih sukar untuk menarik minat ramai, Samsung boleh mengambil peluang yang ada ini. Pada masa yang sama, mereka juga dilaporkan bakal memfokuskan kepada perkhidmatan kandungan mereka. ChatOn merupakan salah satu perkhidmatan permesejan percuma mereka, diberi nafas baru pada minggu lepas. Selain daripada itu, Samsung juga dikatakan akan memudahkan pengguna menikmati lebih banyak kandungan ketika menonton televisyen, sekaligus mengintegrasikan dengan pelbagai peranti mereka untuk pelbagai tujuan. Pada CES 2013 yang diadakan minggu ini, Samsung hadir dengan beberapa televisyen pintar baru, dimana menarik minat ramai pihak.

 
Leave a comment

Posted by on January 11, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s