RSS

Peranti Terbaru Google : LG Nexus 4

13 Jan

LG Nexus 4 ialah antara telefon pintar yang paling dinantikan ketibaannya di Malaysia sejak ianya diumumkan oleh Google pada bulan Oktober tahun 2012. Telefon pintar keluarga Nexus ini akhirnya akan tiba di Malaysia minggu hadapan. Persoalan disini adakah Nexus 4 telefon pintar yang harus dimiliki ? Dari segi binaan Nexus 4 membawa pembaharuan berbanding telefon Android sebelum ini. Bahagian belakang dan hadapannya diperbuat dari kaca. Difahamkan kaca Corning Gorilla 2 digunakan bagi memastikan dua permukaan peranti ini tahan calar dan retak. Nexus 4 amat selesa dipegang kerana permukaan tepinya yang bulat dan diperbuat dari getah yang lembut. Permukaan kaca hadapannya pula melengkung ketepi bagi memudahkan tatalan dari kiri ke kanan. Ini bebeza dari lengkuangan dari atas ke bawah yang terdapat pada Samsung Galaxy Nexus yang dikeluarkan sebelum ini. Dari segi kemasan nyata Nexus 4  dalah lebih baik dari Galaxy Nexus. Tiada lagi bahan plastik pada bahagian belakang seperti Nexus buatan Samsung. Maka tidak hairanlah hampir kesemua peranti Android yang diumumkan pada CES 2013, seperti Sony Xperia Z mempunyai rekaan yang premium seakan-akan Nexus 4. Kamera  utama 8 Megapixelnya juga menangkap gambar yang tajam. Dalam mod HDR gambar yang diambil kelihatan lebih hidup dan bermaya. Nexus 4 didatangi dengan sistem operasi Android Jelly Bean 4.2 dan peranti ini membolehkan anda mengambil gambar dalam mod Photosphere.  Selain daripada itu antaramuka kamera juga diubah dengan drastik. Tiada lagi butang zoom pada paparan skrin dan kawalan zoom dilakukan dengan melakukan pinch in dan pinch out pada skrin sesentuh. Untuk memaparkan menu tetapan kamera pula anda perlu menyentuh skrin selama lebih kurang dua saat. Kelajuan tatalan skrin adalah sangat lancar dan aplikasi juga dapat dibuka dengan segera. Ini kerana Nexus 4 didatangi dengan pemproses 1.5 GHz empat teras dari keluarga S4 Krait serta RAM sebanyak 2 Gigabyte.

 
Leave a comment

Posted by on January 13, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s