RSS

SKMM Mengemaskini Peranti Pakej Komunikasi Belia

13 Jan

Pihak SKMM telah mengemaskini syarat tawaran untuk peranti dibawah Pakej Komunikasi Belia, dan kini lebih banyak peranti ditawarkan dibawahnya, termasuk iPhone 5 daripada Apple, dan Galaxy S3 daripada Samsung. Mengikut angka terkini yang dikongsikan pihak SKMM sendiri, mereka telah melantik lebih 1000 wakil jualan di seluruh negara dan angka wakil jualan ini akan meningkat dari hari ke hari. Daripada laporan rasmi yang dikeluarkan oleh SKMM, mereka mengatakan terdapat lebih 28 jenis telefon yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi dibawah Pakej Komunikasi Belia ini. Namun, melalui laporan yang dikeluarkan oleh Bernama dan dipetik oleh Harian Metro dan juga Sinar Harian, diperkatakan lebih 70 model telefon pintar boleh dipilih belia melalui Pakej Komunikasi Belia. Ia tidak diketahui apakah lagi peranti-peranti lain yang akan ditawarkan melaluinya. Daripada senarai terbaru yang dikeluarkan ini, tiada peranti Nokia Lumia dan juga BlackBerry yang tersenarai padanya. Memandangkan tawaran model telefon pintar ini akan ditambah dari hari ke hari, maka pihak SKMM menasihatkan para belia agar tidak terburu-buru membeli selepas mendaftar untuknya. Selepas mendaftar, pengguna akan diberikan tempoh selama 30 hari untuk menebus potongan sebanyak RM200 daripada wakil-wakil penjual yang dilantik. Namun, salah satu masalah yang masih belum diatasi pihak SKMM buat masa ini boleh dikatakan adalah struktur penghargaan untuk peranti, dimana daripada harga RRP yang ditawarkan untuk sesetengah peranti, ia adalah lebih mahal daripada harga semasa, sekaligus menjadikan rebat yang diberikan seperti tidak membantu, disamping sesetengah syarikat telekomunikasi yang mengenakan harga langganan bulanan yang tinggi untuk pelan data mereka.

 
Leave a comment

Posted by on January 13, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s