RSS

CIMB Memperkenalkan Aplikasi Untuk BlackBerry 10

15 Jan

CIMB sedia ada  mempunyai aplikasi untuk peranti Android dan juga iOS, dan kini mereka akan hadir dengan aplikasi khas untuk platform BlackBerry 10 tidak lama lagi. Daripada yang diketahui, aplikasi CIMB ini bakal membawakan fungsi-fungsi seumpama pada platform lain, dimana pembangunannya akan dibahagikan kepada dua fasa. Aplikasi CIMB untuk BlackBerry 10 ini akan diperkenalkan dalam bentuk fasa pertama menjelang Mac 2013, dimana akan menyertakan beberapa fungsi padanya, termasuk kebolehan melihat baki, sejarah transaksi, kalkulator pengiraan pinjaman, dan juga pengiraan perubahan mata wang. Setelah dilancarkan dengan fungsi-fungsi asas pada Mac 2013, CIMB juga dijangka akan mengemaskini aplikasi tersebut pada fasa kedua yang akan menyertakan sokongan perkhidmatan transaksi kewangan, TAC, dan geolokasi untuk mengetahui ATM dan cawangan berdekatan. Kemaskini dengan fungsi fasa kedua ini dijangka akan diperkenalkan menjelang bulan Jun 2013. RIM dijangka akan menaja sebahagian besar daripada kos pembangunan aplikasi tersebut. Beberapa aplikasi lain yang akan turut hadir sama adalah termasuk AirAsia, MAS dan beberapa yang lain yang memfokuskan pasaran tempatan.

 
Leave a comment

Posted by on January 15, 2013 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s