RSS

Nexus 5 Dan Nexus 7.7 Akan Diperkenalkan

17 Jan

Pada tahun lepas, Google bersama-sama dengan rakan kerjasama mereka telah memperkenalkan beberapa buah peranti Nexus, iaitu Nexus 4, Nexus 7 dan juga Nexus 10. Kini kedengaran dua peranti baru akan diperkenalkan oleh Google pada pertengahan tahun ini. Dilaporkan pihak LG akan membangunkan kedua-dua peranti ini iaitu Nexus 5 Dan Nexus 7.7. Google pada tahun ini akan mengadakan acara Google I/O pada 15 Mei, dan dijangka akan diperkenalkan pada acara tersebut. LG Nexus 5 dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan resolusi penuh, serta dijana menggunakan cip pemprosesan NVIDIA Tegra 4. Beberapa spesifikasi lain yang turut diperkatakan adalah termasuk penggunaan memori sebanyak 2GB RAM, kamera 13-megapixel pada bahagian belakang dan juga kamera 3-megapixel pada bahagian hadapan. LG Nexus 7.7 pula diperkatakan adalah tablet Nexus bersaiz 7.7-inci, dimana turut sama membawakan skrin paparan HD penuh dengan cip pemprosesan NVIDIA Tegra 4, selain menggunakan memori sebanyak 2GB RAM, serta kamera hadapan dan belakang dengan sokongan rakaman HD. Kedua-dua peranti ini juga dilaporkan akan menjalankan sistem operasi Android 5.0 Key Lime Pie. Namun, adakah ia benar ataupun tidak, menjadi tanda persoalan ramai. Sekiranya ia adalah benar, kita akan dapat melihat lebih banyak informasi berkaitan dengannya, menjelang Google I/O kelak.

 
Leave a comment

Posted by on January 17, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s