RSS

Sony Xperia Z

17 Jan

Selain daripada Xperia ZL, salah satu peranti terkini yang turut diperlihatkan oleh Sony Mobile untuk pasaran Asia Tenggara adalah semestinya peranti utama dan berspesifikasi tinggi daripada mereka, iaitu Sony Xperia Z. Xperia Z membawakan rekabentuk yang dinamakan sebagai Omni Balance. Ia membawakan binaan daripada bahan kaca yang kelihatan sangat premium dan menarik pada mata, mahupun ketika dipegang pada tangan. Menyertakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p dan turut menyertakan Mobile BRAVIA Engine 2 padanya. Sony menyertakan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang dan 2-megapixel pada bahagian hadapan. Kedua-duanya menyokong rakaman HD penuh, dan menariknya, pengguna juga boleh merakamkan video dalam bentuk HDR menggunakan kamera pada peranti ini, menjadikan Xperia Z satu-satunya peranti yang menyertakan fungsi seumpama itu buat masa ini. Pada masa yang sama, untuk rakaman gambar pula, pelbagai mode disediakan, selain sokongan rakaman burst mode tanpa had, membolehkan anda merakamkan gambar yang bergerak dengan mudah. Ia turut sama menyertakan sokongan NFC, membolehkan perkongsian data dengan hanya menyentuh antara satu peranti ke yang lain. Sony sendiri mempromosikan penggunaannya dengan beberapa aksesori tambahan dengan memanggilnya sebagai sokongan “One Touch”. Menggunakan Android 4.1 Jelly Bean serta mempunyai antaramuka khas padanya bersama beberapa fungsi baru, termasuk sokongan multi-tasking. Sony turut menyertakan tambahan aplikasi yang boleh di pop keluar, dan dijalankan bersama-sama aplikasi lain, dinamakan sebagai Small Apps. Pada bahagian tetapan pula, Sony menyertakan sokongan Power Management yang lebih baik, membolehkan pengguna mematikan fungsi yang tidak digunakan, sekaligus menjadikan masa penggunaan peranti mereka lebih lama berbanding kebiasaan. Peranti ini juga menyokong gelombang LTE di Malaysia, membolehkan pengguna menikmati internet berkelajuan tinggi. Sony mengatakan peranti ini akan mula dijual di pasaran Malaysia bermula suku pertama tahun 2013 ini, berkemungkinan pada bulan Mac kelak.

 
Leave a comment

Posted by on January 17, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s