RSS

Samsung Galaxy Camera

19 Jan

Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy Camera mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan  Samsung Galaxy S III . Ia mempunyai pemproses 1.4 GHz empat teras, RAM 1 GB, muatan dalaman 8 GB, kamera 16.3 Megapixel, dan skrin SLCD 4.8 inci.  Perbezaan diantara dua peranti Samsung ini hanyalah pada sensor kamera, paparan skrin kapasiti bateri, rupa fizikal dan tidak mempunyai kemampuan telefon. Samsung Galaxy Camera  mempunyai binaan yang lebih premium. Tubuh Galaxy Camera diperbuat daripada logam dan mempunyai binaan yang kukuh. Pada bahagian belakang pula, kemasan aluminium digunakan pada sekeliling skrin sesentuh. Bahagian pemegang kamera pula diselaputi dengan getah bagi memudahkan genggaman pengguna. Butang pemetik kamera dan picu memfokus terletak pada bahagian atas kamera. Pada bahagian kanan pula terletak port mikro USB. Butang flash,  Slot kad sim, mikro SD, bateri dan mikro HDMI diletakkan pada bahagian bawah kamera.  Mengenai slot kad mikro SD, Galaxy Camera tidak menyokong kad memori tambahan yang lain selain dari mikro SD. Masa boot up memakan masa lebih kurang 20 saat.

Ini bermakna anda tidak boleh menggunakan Galaxy Camera secara terus untuk mengambil gambar dengan pantas.  Fungsi kamera boleh diaktifkan dengan menekan ikon kamera pada bahagian bawah sebelah kiri skrin sesentuh ataupun menekan butang pemetik kamera. Anda juga boleh mengambil gambar dengan menekan ikon kamera pada skrin sesentuh selepas aplikasi kamera diaktifkan. Pada bahagian atas antaramuka diletakkan beberapa butang tetapan untuk flash, timer, mod pengambilan video dan mod kawalan suara. Pada bahagian bawah pula terletak pilihan untuk meletakkan filter pada gambar yang diambil. Sebanyak 13 filter ala Instagram disediakan oleh Samsung. Selain daripada itu beberapa preset lain turut disertakan bagi membantu pengguna mengambil gambar pada waktu malam ataupun menghasilkan kesan khas yang sebelum ini tidak mampu dilakukan oleh mana-mana peranti Android. Sebanyak 15 pilihan preset disediakan dan ianya boleh dipaparkan dalam bentuk grid ataupun paparan secara tatalan. Terdapat juga kawalan secara manual sekiranya pengguna mahukan kebebasan menetapkan kelajuan shutter, dedahan sensor dan saiz aperture kamera.

Dengan harga jualan RM1899, Samsung Galaxy Camera adalah lebih murah dari kebanyakan kamera kompak yang ada di pasaran. Oleh itu gambar yang diambil juga sepatutnya lebih baik dari kamera kompak seperti Panasonic DMC LX5 yang mempunyai lensa LEICA dan hanya sensor sebesar  11.3 Megapixel. Kekuatan sebenar Galaxy Camera terletak kepada kemampuan zoom optikalnya.  Galaxy Camera dapat digunakan selama 7 jam secara berterusan sebelum perlu dicas semula.  Bagi memanjangkan hayat bateri terdapat fungsi penutupan secara automatik selepas tidak digunakan semalam 1-4 jam.  Selain itu fungsi smart network juga membantu mengurangkan penggunaan bateri dengan mematikan fungsi data ataupun fungsi wifi. Sebagai sebuah peranti Android, kualiti gambar yang diambil menggunakan Galaxy Camera jelas lebih baik dari kamera peranti Android yang ada di pasaran. Penggunaan lensa besar dengan kemampuan zoom sehingga 21X dapat menghapuskan masalah gambar yang berpixel dan kabur. Kemampuan mengambil gambar dengan mod light trace dan waterfall sebagai adalah sangat menarik dan tidak terdapat pada mana-mana peranti Android lain.

 
Leave a comment

Posted by on January 19, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s