RSS

Google Nexus : LG Nexus 4

23 Jan

LG Nexus 4 ialah peranti terkini dalam keluarga Nexus keluaran Google. Tahun ini LG diberikan tanggungjawab menghasilkan telefon pintar Nexus untuk Google. LG Nexus 4 membawakan perubahan drastik dalam rekaan dan kemasan. Bahagian depan dan belakang Nexus 4 diperbuat dari kaca bagi menghasilkan kemasan yang lebih premium dari rekabentuk sebelum ini. Difahamkan kaca Corning Gorilla 2 digunakan bagi memastikan dua permukaan peranti ini tahan calar dan retak.  Nexus 4 amat selesa dipegang kerana permukaan tepinya yang bulat dan diperbuat dari getah yang lembut. Permukaan kaca hadapannya pula melengkung ke tepi bagi memudahkan tatalan dari kiri ke kanan. Ini berbeza dari lengkungan dari atas ke bawah yang terdapat pada Samsung Galaxy Nexus yang dikeluarkan sebelum ini. Dari segi kemasan nyata Nexus 4 dalah lebih baik dari Galaxy Nexus. Tiada lagi bahan plastik pada bahagian belakang seperti Nexus buatan Samsung. Maka tidak hairanlah hampir kesemua peranti Android yang diumumkan pada CES 2013, seperti Sony Xperia Z mempunyai rekaan yang premium seakan-akan Nexus 4. Kelajuan tatalan skrin adalah sangat lancar dan aplikasi juga dapat dibuka dengan segera. Ini adalah kerana Nexus 4 didatangi dengan pemprosesan 1.5 GHz empat teras dari keluarga S4 Krait serta RAM sebanyak 2 Gigabyte. Pada skrin kekunci anda boleh melakukan tetapan untuk melancarkan aplikasi kamera dan satu lagi aplikasi lain secara terus.

Aplikasi yang dilancarkan dihidupkan secara serta merta tanpa perlu menunggu. Di sini dapat dilihat penambahbaikan yang dilakukan Google menerusi Project Butter mereka. Fungsi Wifi, Bluetooth, Data, Mod Kapal Terbang dan tahap pengecasan bateri boleh dilihat terus dari palang notifikasi. Kamera utama 8 Megapixelnya juga menangkap gambar dengan sangat tajam. Dalam mod HDR gambar yang diambil kelihatan lebih hidup dan bermaya. Nexus 4 didatangi dengan sistem operasi Android Jelly Bean 4.2 dan dilengkapi dengan fungsi menangkap gambar dalam bentuk mod Photosphere.  Selain daripada itu antaramuka kamera juga diubah dengan drastik. Tiada lagi butang zoom pada paparan skrin dan kawalan zoom dilakukan dengan melakukan pinch in dan pinch out pada skrin sesentuh. Untuk memaparkan menu tetapan kamera pula anda perlu menyentuh skrin selama lebih kurang dua saat. Untuk melihat gambar yang telah diambil anda perlu melakukan tatalan dari kanan ke kiri dari hujung skrin. Butang galeri yang biasanya terletak pada bahagian bawah sebelah kiri tidak lagi wujud. Bolehlah dikatakan fungsi kamera Nexus 4 mempunyai banyak persamaan dengan fungsi kamera sebuah Windows Phone. Sungguhpun fungsi ini sudah wujud sejak Android 4.1 , dalam versi 4.2.1 ianya nyata lebih lancar dengan antaramuka yang lebih minimalis. Gambar yang diambil juga boleh disunting secara terus tanpa memerlukan aplikasi luaran seperti sebelum ini .

Fungsi suntingan yang terbina dalam adalah cukup lengkap dengan kemampuan melakukan perubahan level, dedahan, curve, ketajaman, warna dan pilihan bingkai. Dengan penggunaan sederhana Nexus 4 berjaya bertahan selama 14-15 jam sebelum perlu dicas semula. Dengan penggunaan berat pula bateri Nexus 4 dapat bertahan diantara 8-9 Jam. LG Nexus 4 sememangnya antara peranti yang tercantik yang boleh anda miliki sekarang. Binaan kaca depan dan belakangnya membuatkan Nexus 4 nampak seperti sebuah peranti yang premium. Dari segi kemampuan Nexus 4 mampu melakukan segala tugasan harian tanpa sebarang masalah. Kelajuan tatalan dan kelancaran membuka aplikasi adalah lebih baik dari sebuah Galaxy Nexus. Perubahan pada antaramuka pada skrin kekunci, kamera dan palang notifikasi menjadikan Nexus 4  sebuah peranti yang mesra pengguna. Anda tidak lagi perlu lagi memuat turun aplikasi pihak ketiga untuk mengambil gambar HDR. Selain daripada itu fungsi menyunting gambar yang terbina dalam pada Nexus 4 sangat lengkap dan mempunyai lebih banyak tetapan dari kebanyakan aplikasi yang ada di GooglePlay. Kemampuan bateri pula setaraf dengan majoriti peranti empat teras yang ada di pasaran. Dengan harga saranan RM 1649, harga jualan Nexus 4 di Malaysia adalah lebih mahal dari harga jualannya di Amerika Syarikat iaitu USD 299 (RM900).   Sungguhpun begitu harga ini masih berbaloi untuk sebuah peranti yang berkemampuan tinggi.

 
Leave a comment

Posted by on January 23, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s