RSS

12 Aplikasi Utama Pada Ubuntu Phone Akan Dibangunkan Oleh Komuniti

25 Jan

Sejak Ubuntu Phone diumumkan pada awal bulan ini, ia telah mendapat pelbagai reaksi positif, dan kini pembangunnya kelihatan akan membangunkannya secara terbuka dengan usahasama komuniti. Melalui halaman wiki yang dikemaskini, kelihatan pelbagai aplikasi utama akan dibangunkan bersama-sama oleh komuniti tersebut. Daripada apa yang diperlihatkan, ia menunjukkan, aplikasi yang akan dibangunkan bersama-sama oleh komuniti adalah termasuk kalendar, jam, cuaca, kalkulator, klien emel, pembaca RSS, pengurus fail, paparan dokumen, YouTube, Facebook, Twitter, Terminal dan juga pengurus akaun. Perkara ini sekaligus akan memperlihatkan, Ubuntu Phone akan didatangkan dengan aplikasi sosial terbina, serta memudahkan pengguna mengikuti pelbagai kemaskini daripada pelbagai laman web melalui aplikasi pembaca RSS. Selain itu, salah satu perkara yang menarik perhatian adalah aplikasi Terminal yang akan didatangkan bersama-sama dengan Ubuntu Phone, sama seperti sistem operasi utama mereka iaitu Ubuntu OS. Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat awal, dan bagi yang berminat, boleh menyumbangkan kepakaran dalam membangunkan sistem operasi sumber terbuka ini.

 
Leave a comment

Posted by on January 25, 2013 in App, OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s