RSS

Pandang Pertama Asus Taichi

25 Jan

Sejak Windows 8 dilancarkan tahun lalu jumlah komputer riba dengan skrin sesentuh bertambah secara mendadak. Kemampuan skrin sesentuh ini tidak terhdap kepada komputer berspesifikasi tinggi malahan juga ditemui pada komputer riba yang berharga kurang RM 2000. Kejayaan tablet memakan peratusan jualan komputer nampaknya memaksa pengeluar komputer riba untuk menghasilkan komputer yang boleh berfungsi seakan sebuah tablet. Dalam pasaran yang sudah penuh dengan komputer riba Windows 8 dengan skrin sesentuh tentunya sukar untuk menghasilkan produk yang menarik perhatian pelanggan. Di Asus mereka merasakan sebuah komputer dengan dua skrin pada satu chasis ialah jawapan kepada permasalahan ini. Asus Taichi ialah sebuah komputer yang lain dari yang lain. Ia mempunyai skrin pada bahagian dalam dan juga luar penutup. Skrin-skrin LCD IPS sebesar 11.6″ ini kedua-duanya memaparkan resolusi 1080P. Namun begitu harus dinyatakan kemampuan skrin sesentuh hanya ada pada skrin bahagian luar. Ini semestinya pilihan rekaan yang agak aneh yang diambil oleh pihak Asus. Apabila ditanya Asus memberitahu, skrin sesentuh hanya digunakan pada panel luar kerana ianya mengurangkan kos dan mod skrin sesentuh adalah lebih digunakan ketika Taichi digunakan dalam mod tablet. Perubahan mod paparan skrin dilakukan dengan menggunakan butang kekunci Taichi. Butang ini membenarkan pengguna menetapkan mod skrin kepada salah satu dari empat pilihan iaitu skrin hadapan, skrin belakang , dwi-skrin dan skrin berkongsi. Dalam mod skrin berkongsi pengguna boleh menetapkan apakah yang boleh ditonton oleh pada skrin bahagian belakang. Dokumen yang ingin dikongsi dengan individu kedua hanya perlu dimasukkan ke dalam tetingkap khas yang terpapar pada skrin utama. Ini memastikan privasi pemilik ketika melakukan pembentangan kertas kerja. Buat masa ini Asus hanya akan menjual Asus Taichi versi Intel i5 terlebih dahulu dan ianya dijual pada harga RM3999. Komputer unik ini boleh anda miliki bermula minggu hadapan.

 
Leave a comment

Posted by on January 25, 2013 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s