RSS

Office 2013 Dan Office 365 Home Premium

31 Jan

Microsoft hari ini secara rasminya melancarkan Microsoft Office 2013 dan juga Office 365 secara global, sekaligus membuka pembelian secara digital melalui halaman rasmi Office, pada harga langganan bermula RM24.99 sebulan. Untuk pilihan perisian pejabat Office, Microsoft menawarkan dua bentuk pilihan, iaitu Office 2013 yang boleh dibeli secara terus ataupun Office 365 yang menawarkan perisian dalam bentuk langganan bulanan. Office 2013 ditawarkan dalam tiga pilihan, iaitu Office Home & Student 2013 (RM339.99), Office Home & Business 2013 (RM869.99) dan juga Office Professional 2013 (RM1499). Ketiga-tiga ini didatangkan dengan pilihan perisian yang berbeza, dimana selain daripada Word, Excel, PowerPoint dan juga OneNote. Office Home & Business 2013 menyertakan Outlook, manakala Office Professional 2013 menyertakan Outlook, Publisher dan juga Access. Setiap aplikasi pejabat Office 2013 juga boleh dibeli secara berasingan pada harga RM429.99 setiap satu. Office 365 Home Premium pula menawarkan set penuh aplikasi pejabat Office, iaitu Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan juga Access pada harga langganan bulanan RM24.99 atau langganan tahunan pada harga RM249.99. Setiap langganan membolehkan ia digunakan pada lima komputer berbeza, selain dilengkapi dengan ruangan storan tambahan sebanyak 20GB pada SkyDrive, dan juga masa panggilan percuma selama 60 minit melalui Skype. Kesemua perisian Office 2013 turut didatangkan dengan sokongan bahasa Malaysia. Bagi yang berminat, boleh mendapatkannya secara digital, atau mencuba ia secara percuma selama 30 hari dengan melayari laman rasmi Microsoft Office.

 
Leave a comment

Posted by on January 31, 2013 in Software

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s