RSS

Kemasikini Windows Phone 7.8

02 Feb

Windows Phone 7.8 telah mula diperkenalkan secara berperingkat sejak beberapa hari yang lepas, membolehkan pengguna menggunakan beberapa fungsi baru melaluinya. Terdapat beberapa kaedah untuk mendapatkan kemaskini tersebut dan salah satunya adalah daripada Windows Phone Hacker. Kaedah ini tidak mendapat sokongan daripada Microsoft atau pengeluar peranti, dan perlu dilakukan atas risiko sendiri. Daripada aplikasi khas yang disediakan oleh WPHacker, ia berfungsi sebagai wrapper untuk fail kemaskini Windows Phone, dan menyertakan kesemua kemaskini dan juga pakej bahasa untuknya. Terlebih dahulu, pengguna perlu memuat-turun fail tersebut daripada halaman rasmi mereka iaitu Seven-Eighter. Pengguna perlu menjalankannya dengan pilihan sebagai pentadbir pada sistem operasi Windows. Pastikan anda menutup aplikasi Zune terlebih dahulu, dan telah menghubungkan peranti Windows Phone anda ke komputer. Seterusnya, anda akan diperlihatkan dengan sebuah tetingkap khas, dan diminta membuat pilihan bahasa. Pengguna seterusnya diminta untuk memuat-turun sebuah program khas berkaitan kemaskini Windows Phone, dan memasangnya pada komputer anda. Sebaik sahaja selesai semuanya, pengguna boleh memulakan kemaskini, dengan klik pada butang Install WP7.8 di tetingkap aplikasi Seven-Eighter. Seterusnya segalanya akan berjalan secara automatik dan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk selesai. Bagi yang tidak sabar menantikan kemaskini Windows Phone 7.8, boleh mencubanya hari ini. Kemaskini Windows Phone 7.8 dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna seluruh dunia bermula minggu ini.

 
Leave a comment

Posted by on February 2, 2013 in Mobile Phone, OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s