RSS

Pengenalan OS X 10.9 Pada Bulan Ini ?

04 Feb

Pada tahun ini, selain daripada kehadiran iOS 7 yang dinantikan pengguna Apple, mereka juga semestinya menantikan sistem operasi perkomputeran Apple terbaru, iaitu OS X 10.9. Sehingga kini, Apple tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan OS X 10.9. Jikalau mengikut sejarah sebelum ini, Apple memperkenalkan OS X 10.8 Mountain Lion pada pertengahan bulan Februari tahun lepas, dan sekiranya tiada sebarang halangan, mungkin OS X generasi baru akan diperkenalkan bulan ini, dan dilancarkan kepada umum sekitar bulan Julai. Daripada apa yang dilaporkan oleh AppleInsider, mereka mengatakan aktiviti penggunaan OS X 10.9 kelihatan meningkat drastik sejak bulan Januari 2013 ini, sekaligus memperlihatkan ujian dalaman yang sedang aktif dilakukan oleh Apple. Buat masa ini, apakah fungsi yang bakal dibawakan olehnya masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun, salah satu perkara yang boleh dijangkakan adalah integrasi yang lebih menyeluruh bersama iOS pada OS X 10.9 kelak. Selain daripada persoalan berkenaan bilakah OS X 10.9 akan dilancarkan, semestinya satu lagi persoalan yang bermain di kepala ramai pengguna adalah berkenaan dengan nama OS X 10.9 kelak. Mengikut ura-ura sebelum ini, ia dikatakan sebagai “Lynx”, namun masih tidak disahkan buat masa ini.

 
Leave a comment

Posted by on February 4, 2013 in OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s