RSS

Microsoft Memperkenalkan MS Office Untuk Linux

06 Feb

Pelbagai pembangun permainan telah pun mula menumpukan perhatian kepada platform Linux, apatah lagi dengan pengenalan Steam untuk Linux, dan kini dilaporkan Microsoft turut sama tidak ingin ketinggalan untuk melancarkan Office untuk Linux pada tahun 2014. Office telah pun boleh dijalankan melalui perisian ketiga seperti Wine dan sebagainya. Tetapi, dengan penggunaan Linux yang semakin popular, Microsoft akan mengeluarkan perisian natif Office untuk Linux pada tahun hadapan. Mengikut beberapa desas-desus sebelum ini, dikatakan Office untuk Android akan hadir pada tahun ini, dan sekiranya ia benar, maka usaha untuk menghasilkan Office untuk Linux tidak begitu sukar untuk gergasi perkomputeran itu. Dengan pengenalan pelbagai permainan untuk pengguna Linux sendiri ia telah mula menarik perhatian ramai pengguna baru, dan sekiranya Microsoft mengeluarkan Office untuknya, Linux akan mendapat perhatian lebih ramai pembangun dalam menghasilkan perisian mereka untuk Linux. Sekiranya perkara ini adalah benar, kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam beberapa bulan lagi.

 
Leave a comment

Posted by on February 6, 2013 in Software

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s