RSS

Telefon Pintar Acer Liquid Z120

08 Feb

Acer Malaysia semalam telah pun berkongsi mengenai peranti-peranti baru yang akan memasuki pasaran Malaysia, dan salah satunya adalah telefon pintar mampu milik yang dikenali sebagai Acer Liquid Z120 (Turut dikenali sebagai Acer Liquid Z2). Acer Liquid Z120 ini akan dijual di Malaysia pada harga RM399 bermula daripada bulan Mac ini. Dari segi spesifikasi, ia membawakan cip pemprosesan 1Ghz, memori sebanyak 512MB RAM, ruangan storan sebesar 4GB, skrin 3.5-inci HVGA, kamera belakang 3-megapixel. Menariknya mengenai telefon pintar ini ia dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean. Dari segi penggunaan, ia berjalan lancar tanpa sebarang masalah, kerana Project Butter pada Jelly Bean. Salah satu sokongan tambahan pada telefon pintar ini adalah Quick Mode. Fungsi ini membolehkan pengguna mengubah paparan antaramuka lebih menyerupai kepada penggunaan seperti feature phone, sekaligus memudahkan pengguna yang baru beralih ke telefon pintar. Untuk bahagian kamera pula, Acer juga membawakan penambahan baru, dinamakan sebagai 2.5D. Melalui fungsi ini, ia membolehkan pengguna merakamkan keliling gambar sesuatu objek, dan memaparkannya dalam bentuk seumpama 3D. Untuk 2.5D pula membolehkan pengguna merakamkan gambar secara “dalaman”, sekaligus memudahkan pengguna memperlihatkan sesuatu objek dengan mudah. Pada harga RM399 semestinya ia menawarkan fungsi-fungsi yang amat menarik, dan daripada apa yang dikongsikan oleh pihak Acer Malaysia, mereka dalam perbincangan bersama pihak SKMM untuk menawarkan ia bersama-sama tawaran potongan rebat RM200 tersebut.

 
Leave a comment

Posted by on February 8, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s