RSS

Google Membayar Apple $1 Bilion Pada 2014 Untuk Menjadi Enjin Carian Utama Pada iOS

13 Feb

Walaupun Apple cuba mengurangkan perkhidmatan Google pada iOS, namun, dalam memberikan pengalaman carian yang baik, semestinya tidak boleh mengalahkan Google, apatah lagi ia merupakan enjin carian terkemuka dan paling ramai digunakan. Seperti semua sedia maklum, Google membayar beberapa perkhidmatan untuk menjadi enjin carian utama, sekaligus membuatkan pengguna mereka menggunakan Google dengan lebih meluas lagi. Mozilla dan juga Apple, melalui Firefox dan juga iOS adalah rakan kerjasama Google untuknya. Mengikut penganalisa bebas, mereka menganggarkan pada tahun 2014 kelak, angka pengguna iOS akan meningkat dan Google mungkin akan membayar sehingga $1 bilion untuk kekal sebagai enjin carian utama padanya. Perkara ini hanya sekadar anggaran awal, dan bergantung kepada penjualan peranti iOS di seluruh dunia. Selain daripada Apple, Mozilla pula dikatakan mungkin menerima sehingga $400 juta untuk menjadikan Google kekal sebagai enjin carian utama pada pelayar webnya. Google merupakan antara penyumbang utama untuk Mozilla, dan ia akan terus kekal untuk tahun-tahun akan datang. Pada masa yang sama, selain daripada Google, Microsoft juga kini kelihatan sedang kerap bersaing dari segi penyediaan enjin carian. Buat masa ini, segala peranti Windows Phone hanya menggunakan Bing sebagai enjin carian utama, disamping digunakan pada BlackBerry.

 
Leave a comment

Posted by on February 13, 2013 in Info ICT, Web Browser

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s