RSS

LG Memperkenalkan Peranti Siri-L II

13 Feb

Dengan Mobile World Congress 2013 bakal diadakan dalam tempoh lebih kurang dua minggu lagi, LG menjadi antara yang terawal memperkenalkan peranti keluarga siri-L secara rasminya. Desas-desus mengenai siri-L II daripada LG telah pun kedengaran sejak beberapa bulan lepas dan melalui pengumuman rasmi ini, LG memperkenalkan tiga peranti baru, dimana ketiga-tiganya merupakan peranti yang membawakan sokongan dwi-SIM padanya. LG siri-L sebelum ini telah mendapat permintaan yang positif daripada pengguna, dan dengan generasi keduanya hari ini, dijangka terus akan menerima permintaan ramai pengguna seluruh dunia. Peranti utama yang diperkenalkan ini bakal memasuki pasaran tidak lama lagi iaitu LG Optimus L7II yang membawakan cip pemprosesan 1GHz dwi-teras, memori 768MB RAM, ruangan storan 4GB dengan sokongan mikro-SD, skrin bersaiz 4.3-inci WVGA IPS, kamera belakang 8-megapixel, bateri berkapasiti 2460mAh dan dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean. LG Optimus L3II pula membawakan skrin bersaiz 3.2-inci QVGA IPS dengan bateri berkapasiti 1540mAh, manakala LG Optimus L5II pula membawakan skrin sebesar 4.0-inci WVGA dengan bateri berkapasiti 1700mAh. Berkenaan dengan harga jualan dan bilakah ia akan memasuki pasaran tempatan, masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.

 
Leave a comment

Posted by on February 13, 2013 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s