RSS

Perkongsian Filem Dan Buku Bakal Diperluaskan Di Dalam Facebook

13 Feb

Facebook merupakan laman sosial yang terkemuka di seluruh dunia buat masa ini. Di Malaysia sahaja, ia digunakan lebih 13 juta pengguna untuk berkongsi pelbagai perkara, daripada gambar, teks, video dan sebagainya. Pada awalnya, Facebook meningkat popular dengan permainan sosial dimana memberikan kesan positif kepada beberapa syarikat lain, seperti Zynga. Selain daripada permainan, pengenalan Open Graph dan juga butang Like untuk web, perkongsian artikel web juga kini semakin meluas bagi membolehkan pengguna berkongsi berita, dengan lebih mudah berbanding yang lain. Perkongsian sosial memberikan kesan yang positif ke atas sesuatu web, memandangkan artikel yang dikongsikan ke Facebook turut sama dikongsikan kepada rakan-rakan terdekat anda, dimana turut mungkin mempunyai minat sama, atau ingin mengetahui apakah yang sedang berlaku di sekitar anda. Beberapa perkhidmatan juga turut menawarkan sokongan perkongsian sosial, seperti Spotify dan lain-lain, walaupun ianya masih terhad kepada beberapa buah negara sahaja. Bercakap mengenai apakah yang bakal popular tidak lama lagi, Dan Rose daripada Facebook mengatakan perkongsian sosial mengenai buku dan juga filem mungkin akan lebih popular tidak lama lagi. Seperti sedia maklum, aktiviti menonton filem dan juga membaca buku mengambil masa yang agak lama, dan sekiranya ia dikongsikan oleh rakan-rakan anda, anda boleh berbincang mengenai kandungannya, ataupun mengetahui apakah buku-buku menarik yang boleh turut sama dibaca oleh anda. Buat masa ini, kedua-dua aktiviti ini masih belum digunakan secara meluas oleh pengguna di Facebook, dan tidak lama lagi ia akan turut sama popular, seperti permainan diatas talian yang dimainkan pada Facebook.

 
Leave a comment

Posted by on February 13, 2013 in App, Web Social

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s