RSS

HomeBank Memudahkan Pengurusan Kewangan

17 Feb

Pada peranti mudah-alih, terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan anda pengurusan kewangan dan mencatatkan perbelanjaan dan sebagainya. Tetapi, bagaimanakah pada desktop ? Salah satu perisian sumber terbuka yang ditawarkan untuk Windows, Mac dan juga Linux adalah HomeBank. HomeBank merupakan salah satu perisian pengurusan kewangan yang menawarkan pelbagai fungsi-fungsi mengenai kewangan, sekaligus memudahkan pengguna untuk menguruskan data mereka, serta mengetahui perbelanjaan dan baki pada akaun mereka. Pada permulaan penggunaan HomeBank, ia tampak sedikit sukar, tetapi setelah menggunakannya, pengguna akan dapat membiasakan diri untuk menggunakannya. Beberapa template kewangan disediakan, membolehkan pengguna dengan automatik memasukkan pembayaran bulanan yang berulang, seperti gaji, sewa rumah, bayaran pinjaman dan sebagainya. Bagi mereka yang kurang memahami penggunaan perisian ini, pihak pembangunnya sendiri menyediakan bantuan secara atas-talian, untuk membantu pengguna menguruskan kewangan mereka dengan baik. Selain daripada pengurusan kewangan peribadi, ia juga turut sama boleh digunakan sekiranya ingin menguruskan kewangan syarikat kecil-kecilan, memandangkan laporan akhir yang dikeluarkan agak baik berbanding beberapa perisian lain. Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun HomeBank ini secara percuma untuk Windows, Mac dan juga Linux. Muat-Turun HomeBank.

 
Leave a comment

Posted by on February 17, 2013 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s