RSS

PlayStation Baru Akan Membawakan Sokongan Stream Permainan

17 Feb

Selain daripada beberapa gambar prototaip awal alat kawalan PlayStation generasi akan datang, kini WSJ melaporkan Sony bakal memperlihatkan konsol terbaru mereka pada minggu hadapan yang akan menyertakan pelbagai fungsi baru padanya. Salah satu perkara yang dikatakan PlayStation 4 kelak berkebolehan untuk stream permainan terus dari internet dalam bentuk masa-nyata. Melalui sokongan stream ini, pengguna akan dapat menikmati permainan pada PlayStation 3. Pada tahun lepas, Sony telah membeli dan mengambil-alih Gaikai, dimana menawarkan permainan berasaskan awan. Dengan teknologi perkomputeran awan, ia membolehkan pengguna memainkan permainan dengan spesifikasi tinggi dengan mudah, dan hanya memerlukan talian internet yang sewajarnya untuknya. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah Sony akan mengenakan caj untuknya. Memandangkan ia akan ditawarkan secara digital, dan dimainkan terus pada konsol pengguna, maka permainan yang dibeli tidak akan dijual kembali seperti pada masa sekarang ini, dan mungkin tidak begitu digemari oleh para pemain. Tetapi, sekiranya Sony dapat menawarkan permainan dalam bentuk stream ini pada harga menarik, mungkin ia akan menerima reaksi positif daripada pengguna seluruh dunia. Sony bakal mengadakan acara pengumuman khas berkenaan PlayStation pada minggu hadapan. Sama-sama kita nantikan kejutan daripada mereka.

 
Leave a comment

Posted by on February 17, 2013 in Gadjet, Games

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s