RSS

Laluan Kabel Dasar Laut Malaysia-Hong Kong-Jepun

19 Feb

Sistem kabel dasar laut persendirian milik Telekom Malaysia Berhad, yang dikenali sebagai Cahaya Malaysia telah pun beroperasi sejak tahun lepas dan kini, ia melengkapkan laluan sambungan kabel tersebut dengan menyambung ke stesen daratan di Hong Kong. Ketika itu ia hanya disambungkan ke Jepun sahaja. Kini, dengan sambungan ke Hong Kong, laluan sambungannya telah lengkap diantara Malaysia-Hong Kong-Jepun. Selain menyediakan sambungan internet pada kadar latency ultra-rendah, melalui sambungan ini juga ia menjadi teras utama dalam menghubungkan pusat data milik TM, VADS Data Centre Hong Kong dengan Malaysia dan seluruh dunia. TM turut mengatakan ia sekaligus mengukuhkan industri ICT di Malaysia, disamping pada masa yang sama memenuhi jangkaan keperluan industri serta menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi Hab Pusat Data Serantau menjelang tahun 2015. Cahaya Malaysia merupakan sistem 2-pasangan-gentian milik TM sepenuhnya di dalam sistem 6-pasangan-gentian Asia Submarine Express (ASE) yang menghubungkan Malaysia ke Jepun, Hong Kong, Filipina dan Singapura yang dibangunkan dengan kerjasama NTT Communications Corporation (NTT Com) dari Jepun, Philippine Long Distance Telephone Company (PLDT) dan Star Hub dari Singapura. Kabel sepanjang 7,800 km ini dibangunkan dengan teliti bermula bulan Januari 2011 untuk memaksimumkan kebolehpercayaan, menahan kerosakan dari gempa bumi dan taufan serta meliputi jarak terpendek ke Jepun. Menggunakan teknologi transmisi optik digital koheren 40Gbps, Cahaya Malaysia boleh mencapai kapasiti reka bentuk awal sehingga 10Tbps. Teknologi ini membolehkan peningkatan prestasi transmisi gentian optik yang lebih baik dengan menggabungkan pemprosesan isyarat digital berkelajuan tinggi (high-speed digital signal processing; DSP) di dalam komunikasi optikal yang menghasilkan transmisi kapasiti tinggi jarak jauh yang diyakini. Ia juga telah direka untuk menyokong teknologi 100Gbps, yang akan meningkatkan keupayaan reka bentuk dengan ketara pada masa hadapan. Cahaya Malaysia turut menyediakan sambungan mudah buat penggunanya dengan memanfaatkan sistem kabel dasar laut sedia ada yang mendarat di Hong Kong, seperti rangkaian kabel dasar laut Asia America Gateway (AAG), Asia Pacific Cable Network 2 (APCN2), East Asia Crossing-City to City (EAC-C2C), South East Asia-Middle East-Western Europe 3 (SEA-ME-WE3 – SMW3) dan Tyco Global Network-Intra Asia (TGN-IA), yang menghubungkan Hong Kong dengan Amerika Syarikat dan negara-negara Asia Pasifik lain.

 
Leave a comment

Posted by on February 19, 2013 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s