RSS

PlayStation Baru Memperluaskan Fungsi Sosial

19 Feb

Sony bakal mengumumkan sesuatu berkaitan konsol PlayStation dalam tempoh kurang 48 jam lagi, dan kini, beberapa info baru berkaitan dengannya hadir, memberikan idea apakah yang akan disertakan bersama-sama dengan konsol generasi baru Sony kelak. WSJ melaporkan konsol generasi baru daripada Sony akan memperluaskan lagi penggunaan sosial, membolehkan pengguna berkongsi terus ke Facebook, Twitter mahupun YouTube dengan mudah. Beberapa sokongan telah pun sedia terbina pada PlayStation 3, tetapi dijangka akan ditambah baik dan dipermudahkan melalui konsol baru kelak dimana ia turut menyertakan sokongan permainan melalui Cloud. Perkara tersebut bagi membolehkan pengguna memainkan ia pada pelbagai peranti dan para pemain boleh bersaing dengan rakan-rakan mereka menggunakan telefon pintar, dan pelbagai peranti lain. Sony bakal mengumumkannya secara rasmi pada 21 Februari ini.

 
Leave a comment

Posted by on February 19, 2013 in Games

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s